Monday, June 13, 2011

:: none ::

sayang, mengingati awak adalah satu kegembiraan buat saya.. memori dengan awak terlalu indah sepanjang hidup saya.. mengenali awak adalah satu kenangan manis... sayang, semalam ma masak sup tulang...saya teringat awak, sbb kebelakangan sblm peristiwa hitam itu,saya selalu jugak masak sup tulang untuk awak ikut resepi kak.. awak puji sup saya masak sedap.... alhamdulillah... sayang, saat saya menulis ini, saya xtahu dah berapa kali air mata ini gugur ...bila melihat piah & pikah hati saya menjadi sayu... sayang sekali awak xdpt melihat mereka membesar....saya berdoa & berharap bila besar nanti,mereka masih ingat mereka mempunyai ayah long & abe pe yg sgt menyayangi mereka semasa mereka kecil...
sayang, hari2 yg saya lalui saya rasa amat kosong & perjalanan yg sgt jauh untuk bertemu awak...tp,saya bersyukur kepadaNya kerana Dia masih menyayangi saya..kerana Dia , saya tidak pernah melakukan perkara yg diluar jangkaan..tp,kadangkala saya berharap sangat ada seseorang dtg bisikkan di telinga saya " yus,bangunlah dari tido/koma kerana ramai yg menunggu .." dan org pertama yg saya ingin lihat & sentuh adalah suamiku..... adakah ini semua akan jadi realiti atau sekadar fantasi aku??

No comments:

Post a Comment