sesaja

Pitih...Pitih..Pitih..

Tuesday, May 22, 2012

:: i'm 31 - HAPPY BIRTHDAY TO ME ::

31 tahun yg lalu lahirla bayi pompuan yg comei lote dibri nama Nor Yusdiawati Yusof..betapa bangganya aku menjadi anak kpd Yusof Ibrahim&Sharah Jusoh..rasanya dlm Malaysia ni aku sorang je nama ni.. P.R.O.U.D....
selepas berumor 26tahun,tanggungjawap yg dipikul oleh Abah aku telah diambil alih oleh Sharpan Che Soh...betapa bertuahnya menjadi isteri kpd 'dia'..lucky draw adiah utama keta,umah banglo pun xsetanding nilainya status isteri kpd Sharpan Che Soh.
bila aku baru je nak masuk 3series on 2011, 'dia' tinggalkan aku buat selama-lamanya...aku la insan paling sedih pada 13/4/2011.. kerana selepas ini aku xkan jumpa,sentuh,bual & lain2 lg dgn 'dia'....
2012-Happy Birthday to me...smoga aku tabah menghadapi sisa2 idup tanpa 'dia'...smoga sihat tubuh badan&hidup diredhai olehNYA..aminnn.....

Sunday, May 20, 2012

:: Congrate TRW ::

semalam adalah malam penentuan juara Piala FA & juga Konsert Akhir MANIA...
mujo la ada PVR..hikhikhik.sbb aku sorang2 kat umah, jadi aku layan konsert MANIA..layan ke? xde la layan sgt pun...disebabkan nyanyian, so, aku buka je TV tu sambil buat keja kt dapur sket...keja apa? adala....
kalo 'dia' ada , mayb kami akan layan bola..

TAHNIAH kepada pasukan TRW sbb menjadi Juara Piala FA ..xperlukan aku huraikan dgn lebih details sbb smua org dh tahu & kat paper byk cite ttg Piala FA.. cuma aku nak bgtau kat cni, I'M PROUD BE A PART OF KELANTANESE... tp, masih consider sbg a part of them ke??sdgnya aku dh xde darah KELANTAN ni..dulu boleh la kalo apa2 aku leh bgtau "husband i oghe Klate.." atau kalo ada anak at least darah Kelantan mengalir dan terus mengalir..so, now??errm....watever la..aku bangga dgn KELANTAN sbb SHARPAN CHE SOH...hehehee..boleh gtu??
opss...tak lupa jugak tahniah kepada Hafiz AF Awan Nano sbb menjadi juara pertama MANIA, Stacy tempat ke-2 & Jaclyn Victor tempat ke-3..TAHNIAH juga kepada Ahmad Dhani yg menyandang pemenang komposer pertama MANIA.... TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH....
sumber : beautifulnara


:: Balik KAMPUNG lagi !! ::

insyaAllah kalo xde aral rabu ni 23mei aku akan balik Klate...reason nape nak blik??perlu ada reason ke nk balik kampung?? antara reason aku balik ialah nak visit bb Raihana la... selain dari nak jumpa parents in law,adik2& anak2 buah ..lagipun kan dh nak cuti sekolah...memandangkan tarikh ngundi tapak dh ditetapkan on 12jun,maka leh la aku berlama2 sket di sana..hehehe
selain dari itu, insyaAllah jika diizinNya 31mei bersamaan malam Jumaat aku & kuarge mertua akan buat tahlil utk MY LOVE... adiah utk 'dia' sebagai bekalan di sana.. lagipun on 1jun , andai 'dia' masih ada, genapla umor 'dia' 39tahun...OMG dh nak masuk 4series la awak ek??errm..awak xsempat kecapi 4series..tentu ada hikmahnya kn?? nampaknya minggu depan ,insyaAllah bekalan utk awak lebih skit la berbanding malam Jumaat sebelum2 ni...



jeng..jeng... adiah sapa tu ek???





 

:: Bazar Ramadhan Jln TAR 2012 ::

OH MY... lastweek saya agak sibuk..sibuk apa?dpt keja baru ke??hikhikhik..xde la..xcely,setelah 'cuti rehat' tahun lps dr mengundi tapak Bazar Ramadhan Jln TAR, tahun ni i'm back..yer SAYANG, tahun ni saya terpaksa tepikan perasaan sedih utk mengundi tapak tanpa awak.. camne nk mulakan ek?sapa nk ngundi dgn saya?tarikh ambik borang ngundi ialah pada 15,16 & 17 Mei 2012 yg lepas.. saya xde bw ramai pun, sbb biasanya part mencari calon2 ngundi kita adalah part awak...lgpun ssh jgk saya sbg perempuan nk mencari 'bdk2' sbb biasanya bdk2 lelaki yg mudah utk dibawa g ngundi...wpun sukar dijaga..hehehe..pada yg pernah g ngundi sj faham situasi..hikhikhik...
tapi SAYANG, yg meriahnya, adik2 kita ramai yg ngundi tahun ni..awie&isteri,epu,idi,idey,abelo & abengah ayah mat pun datang..dlm ramai2 cua idey 1st time g ngundi..sian plak dia sbb sy bg tanggungjawap dia incharge budak2..hehehe..xpe,tu smua pengalaman baru bg idey,kan??semoga tahun ni memberi rezeki utk kuarge kita..aminn... 
tak silap saya 2009 adalah tahun paling saya ingat..sbb??nama Sharpan Che Soh & Nor Yusdiawati bertuah pada tahun yg sama bila nama kita 'naik' utk cabutan tapak...alhamdulillah..tahun tu jgk,selain kita berdua, awie & lin jugak dpt..so,thn tu 2org anak & 2 org menantu Che Soh 'naik' nama utk cabutan tapak...kenangan yg indah..yg paling saya xsangka bila selepas nama awak diumumkan, tiba2 saya terdengar nama saya pulak diumumkan..
tarikh cabutan tapak akan dilakukan pada 12 Jun 2012 nanti.. sayang, saya mendoakan akan tapak tahun ni...bkn sy saja,harap2 adik2 yg lain pun sama jugak..aminnn....

Saturday, May 12, 2012

:: Teratak RAHMAT ::

alkisahnya tadi aku buka FB, aku ternampak 1 entry ni, x ingat sapa yg share..cuba cr tak jumpa dh..yg pasti aku dh save 1 blog ni..mari kita sama2 baca entry ni & kita renungkanlah apa yg boleh kitan bantu :-


Ah...ianya sekadar bantuan biasa yang kebanyakan rumah anak2 yatim perlukan. Saya hanya membaca sekilas pandang tagged note sahabat baik saya di UK, Puan Hazlina Md Yusof kepada saya di wall facebook.


"Ibu, awat ibu rumah anak2 yatim tu?", tanya Irdina anak perempuan saya berusia 9tahun. Tersentap seketika saya. Tidak saya sangka Irdina memberi perhatian ke skrin notebook saya sambil menyiapkan homeworknya. Saya ceritakan kepada Irdina, Rumah Anak2 Yatim Teratak Rahmat perlukan sekitar 60ribu utk siapkan bangunan dan penuhi piawaian BOMBA. "Kalau tak cukup duit macammana depa nak buat ibu?". 

Saya diam saja tanpa jawapan. "Kalau tak buat tak boleh ka. Duduk la macam la ni", tanya Irdina lagi. Nampaknya bersungguh Irdina nak tau. "Kalau tak boleh buat semua tu, rumah anak2 yatim tu kena tutup sebab tak ikut undang2". Saya cuba jelaskan dengan bahasa yg paling senang Irdina faham. "Anak yatim ni bukan ka ibu dan abah depa dah mati? Kalau tutup depa nak duduk mana?". Belum sempat saya jawab, "Ibu, depa tak buleh sekolah kan ibu kalau tak dok situ. Depa nak duduk mana ibu? Ibu ambik depa buat anak angkat buleh dak?", tanya Irdina dengan penuh ikhlas. 


Airmata kasih saya sudah mula bergenang. Saya peluk Irdina. "Ibu akan buat sesuatu kakak! Ibu janji!". Saya tewas dengan permata hati saya. Saya juga malu dengan sikap saya yang begitu ignorance. Saya sibuk siapkan kerja tadi dan hanya pandang sebelah mata pintaan bantuan di facebook saya. "Ibu, depa kat situ mesti macam orang dengan Irfan, Irsyad, Isyraf kan. Main sama2. Makan sama2. Bergaduh sama2. Pi sekolah sama2. Kalau tak boleh dok situ depa tak buleh dok sama2 lagi lah kan ibu". Aduh! Anakku..."Kalau orang, ibu abah dah mati pun orang takmau pisah dengan Irfan, Irsyad dengan adik. Orang nak dok sama2. 

Tapi orang takmau ibu abah mati. Anak yatim tu nanti jumpa ibu abah depa kat syurga kan?"...kau runtun hati ibu lagi anakku. "Esok ibu talipon rumah anak yatim tu. Ibu cuba carikan bantuan. Ibu janji. Nanti bila kita berjaya selesaikan hal ni kita pi melawat depa ok". Irdina tersenyum puas. "Ok ibu. Orang nak tidoq dah. Orang sayang ibu.", sambil mencium + peluk saya. Saya tewas lagi...air mata keibuan saya menitis tanpa saya sedar.



Sahabat sekalian, dengan merendah diri saya pohon dibukakan lah hati dan minda kita untuk selamatkan Teratak Rahmat. Selamatkan anak2 yatim ini. Jangan kita pisahkan mereka seperti kata Irdina. Marilah kita pastikan anak2 ini berpeluang teruskan persekolah mereka. Saya berpeluang berbicara melalui telefon dgn Encik Azwar, urusetia Teratak Rahmat. Jika segala usaha gagal Encik Azwar akan cuba dapatkan pinjaman peribadi utk membantu anak2 ini. Itu jalan terakhir si insan berhati mulia ini. 

Sahabat sekalian, marilah kita cuba elakkan insan berhati mulia ini daripada menuju ke option terakhir itu kerana sesungguhnya insan berhati mulia ini juga punya tanggungjawab wajib kepada keluarga sendiri. Apa yang beliau dan rakan2 lakukan sekarang adalah cukup mahahebat dipandangan mata saya. Warden tetap Teratak Rahmat hanya menerima elaun RM300 sebulan menabur bakti di Teratak Rahmat. 


Saya tidak nampak dimanakah relevannya jumlah RM300 di zaman ini, tetapi hati insan2 mulia ini merelevankannya. Kita masih boleh terukan perjuangan mencari wang ringgit dengan kerjaya kita, tetapi saya pinta sediakanlah sedikit bahagian yang kadang2 kita hanya bazirkan dengan membeli barang yg tidak kita perlukan untuk anak2 ini.



Buat masa ini kita perlu focus untuk bantu Teratak Rahmat mendapat kelulusan pihak bomba dengan memastikan prasarana keselamatan tersedia dan ianya bakal menelan kos RM60,000. Teratak Rahmat mempunyai masa yang terhad sehingga May2012 untuk memastikan prasarana ini sedia atau menghadapi risiko penutupan. Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.


> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat - 0194776482
> http://teratakrahmat.blogspot.com/
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat


Saya pinta para para sahabat sekalian dapat copy saya secara offline (zurra_abdul@yahoo.com) jumlah derma sahabat sekalian untuk tracking. Juga mohon disebarkan maklumat ini.


Moga Allah swt murahkan rezeki sahabat sekalian. Dan moga kita berjumpa disyurga dengan anak2 kita sebagaimana kata Irdina.


Wassalam.


Azura
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aku dengan rendah diri juga memohon kawan-kawan semua bantulah anak-anak yatim ini..Mohon sebar-sebarkan semoga ada insan yang berhati mulia akan tampil membantu..Insya Allah..


p/s : haaa...aku dh ingat..bermula dr entry Teratakarmo , aku bc entry ni :- http://www.teratakarmo.com/2012/05/aishah-jennifer-mohamed-sinclair-aishah.html dari situ aku masuk ke blog Kak Ina KL dan aku pun jumpa entry ni plak :-  
http://www.kakinakl.com/2012/05/rumah-anak-anak-yatimmiskin-teratak.html