Saturday, December 31, 2011

:: Bye Bye 2011 - tolong pergi jauh2 ::




Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kepadaMu kerana dgn limpah kurniaMu aku masih bernafas di tahun 2011 ni walaupun bermcm2 kenangan pahit yg berlaku.. pejam celik pejam celik dh 8 bulan lebih 'dia' pergi meninggalkan aku...walapun jasad dia dah meninggalkan aku, tapi hati dia masih bersatu dgn hatiku biar apa jua yg telah berlaku sepanjang ketiadaan 'dia'..
Kalo boleh selagi hayatku masih ada, aku nk je delete 2011 dlm hidup aku.. 2011, pergila jauh2... 2012? apa yg bakal berlaku?aku sendiri masih xpasti? masih kah aku bernafas di bumi ini? mcmana dgn kencing manis aku? makin teruk ke? makin ok?? aku xsanggup nak hadapinya seorg diri... aku harap tangisan ini adalah terakhir utk 2011...  aku masih xpercaya 8 bulan lebih aku hidup tanpa 'dia'... kenapa ianya telah berlaku? aku mengharap ianya bukan kenangan tapi impian... mungkinkah kenangan2 sebelum ni cuma angan2 aku utk memiliki lelaki seperti 'dia'?? dan... aku akan berjumpa 'dia' xlama lagi dan bersama selamanya?????



p/s : ke mana sj aku pegi, aku rasakan seperti 'dia' bersama aku...PAHIT.. kenapa mesti kau wujud dlm hidup kami?? aku benci PAHIT...

Sunday, December 25, 2011

:: Pencinta Wanita - Irwansyah ::



time lagu ni tgh fofular la kita mula kenal.. ingat lagi awak nyanyi2 dlm keta.. saya ada rakam tp, xingat dlm hp yg mana??rasanya dlm motorola lipat yg lama dulu tu..errm..hp tu kt mn ek? sbb kat nokia 3g saya yg lama tu mmg xde... rakaman dlm hp yg sama awak lafazkan "Nor Yusdiawati binti Yusof, saya Sharpan Che Soh sayang awak..." alangkah bestnya kalo masa boleh diundur, sbb saya nak pause saat-saat indah bersama awak... dan kalo boleh delete, saya nak delete memori on 13/4/2011.. dan kalo boleh play, saya nak play 24jam kenangan kita ...DORAEMON... muncul la ....

:: Cuti-cuti 2011 ::

Sayang...
sepatutnya lps raya pose tahun ni, kita g bercuti kan? kan saya dah survey tempat2, untuk family plannya nak ke Bukit Fraser (memandangkan Ambank ada apartment kat sana..dpt la murah mcm kita g Cameron thn lepas tu..) & untuk kita berdua, saya dah survey kat Hard Rock Hotel Penang..room type yg saya pilih ialah Lagoon Deluxe...

2010 dlm kenangan

plan 2011


Lagoon Deluxe

Another innovative creation to keep our guests pampered. Here, you can jump right into the pool from the room's deck! That's how imaginative we are because we know what your desire for a rockin' vacation. It's the first in Penang! So be one of our first few guests to experience. However, we love children too much and due to safety reasons, kids below 12 are not allowed to stay in these rooms.
Bed Type: King Bed or 2 Single Beds
Size: 42 m2


p/s : plan hanya tinggal impian yg tak akan terlaksana..hanya mimpi...tiada lagi realiti 

walaupun tahun 2011 ni kita tak berkesempatan bercuti bersama family terutama anak2 buah kita, tp, hajat saya untuk menghabiskan cuti sekolah bersama diaorg tercapai...bermula dgn lawatan ke Zoo Negara (saya pun 1st time sampai,mcm sy pernah bgtau awak dulu masa g Icity, kalo xde anak2 buah kita tu,tentu sy pun xkan sampai..sbb mustahil kita ber2 akan g tempat2 camtu ber2 kn?sbb kita lebih suka duduk kt umah.. :) ) , pastu Aquaria,KLCC , pastu Times Square & last skali Sunway Lagoon (saja g last skali sbb tunggu Abelo ) anak2 buah kita ni ada 3 trip dtg ke KL.. yg sampai lebih awal, kakak dgn madik..diaorg ber2 dtg dgn Epu sbb nak g kenduri Arif anak kak yah sebelah umah ma (plan asal, ma nak pergi dgn awak&saya...), trip ke2, Pia & Kak Ina, diaorg ber2 ni dtg dgn flight.. awak tau, Pia asyik tanya saya, "bila mamalong nak balik amik adik naik kapal terebe?" kalo awak ada, mesti awak suka dgr ayat2 Pia kan?? trip ke3 ni kesian sket sbb cuma dpt join 1 tempat ja...trip terakhir ni Abelo la.tu yg dirancang, yg tak dirancang pun ada.. kitaorg g Melaka. secara kebetulan sbb balik dari kenduri Arif.. Ending utk cuti-cuti tahun ni sepatutnya nk g Genting ari senin lepas.. tp,memandang ada emergency , jadi plan terakhir tu ditunda hingga ke tarikh & waktu yg akan diberitahu kelak :p


peserta Zoo Negara :p
peserta aQuaria


peserta Times Square






    Saturday, December 24, 2011

    :: kronologi 2011 ::

    Feb 2011 - aku & 'dia' balik ke Kedah buat kali terakhir utk 'dia'.

    9 April 2011 - aku & 'dia' balik ke Klate bersama buat kali terakhir.

    12 April 2011 - pertama kali & terakhir kali aku & 'dia' menjemput Pia kt Tadika naik moto...(beria2 aku nk ikut jugak 'dia' masa tu)


    13 April 2011 - 'dia' meninggalkan aku buat SELAMANYA.Al-Fatihah sayangku..semoga awak
    damai di sana...


    22 Mei 2011 - besday aku ke-30 tanpa 'dia' & genap 40ari 'dia ' meninggalkan aku

    1 Jun 2011 - Hepi Besday sayanG... tahun ni, hanya doa & Al-Fatihah dpt saya hadiahkan pada awak..dgn harapan awak damai di sana bersama 'zuriat' kita..

    14 Julai 2011 - lahirnya anak buah kita yg ke-7, Nurul Batrisya.. sayangnya, Batrisya xsempat kenal ayah long... suatu ari nnt bila Batrisya sudah besar, akan saya ceritakan ttg ayah long yg pergi sebelum mengenalinya...dpt saya bygkan andai awak ada.....


    21 Julai 2011 - majlis cukur jambul Batrisya dibuat sama hari dengan 100hari 'dia' meninggalkan aku..
    23 Ogos 2011 - berakhirlah eddah 4 bulan 10 hari...rinduku makin kuat terhadapmu, Sharpan Che Soh...

    31 Ogos 2011 - Selamat Hari Raya AidilFitri & Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita ke-4 .. sayang, saya belum puas menikmati alam berumahtangga dgn awak..byk saya pelajari ttg kehidupan & kekeluargaan dgn awak.. sayang, tahun ni saya masih beraya dgn awak walaupun awak di alam lain, saya tahu awak tentu tersenyum bila melihat saya & ma sama2 berterawikh & solat raya bersama.. awak tau?tentu awak tau...abahla org pertama melawat pusara awak...saya & ma pergi kemudian sebelum menunaikan solat aidilfitri..maafkan saya sayang, andaikata awak bersedih di pagi raya disebabkan airmata saya yg mengalir tatkala bacaan yaasin dimulakan..MAAFKAN saya, sayang...



    18/12/2011 - 'Fatimah' adik bongsu 'dia' juga pergi mengikut jejak langkah abg sulungnya..walaupun 'mereka' xsempat saling mengenali & tahu ttg kewujudan each others, semoga 'mereka' damai di sana.. 'Fatimah' dikebumikan bersebelahan pusara abg sulungnya...



    " pergilah 2011... pergilah bersama kenangan pahit..tinggalkan aku kenangan TERINDAH bersamanya.."

    Thursday, December 22, 2011

    :: menangislah sepuas hatimu... ::

    Sayang, saat ini sy rs ingin menangis sepuas hati saya..sy ingin sgt menangis di atas lengan awak...saat ni, sy dah pun menangis kerana terlalu rindukan awak...membayangkan saya menangis sambil memegang lengan awak...ya allah, di mlm penghulu segala hari ini, skali lagi aku menangis dan xtahu bila akan berhenti kerana terlalu amat sgt merindui 'dia' ....syg,andai saya tahu begini akhirnya hidup saya,saya tentu xkan amik pusing ttg kencing manis saya.. Saya kuat,tabah, baru mula ingin cr suppliment utk kurangkan kencing manis saya,awak pegi dulu...syg,saat ini, sy ingin sgt berada di bwh ketiak awak...syg,sy rs selamat di dunia ni bila berada di samping awak..tp,bila awak dh xde... Mmg sy perlukan lelaki dlm idup, lelaki itu adalah awak...

    Tuesday, December 20, 2011

    :: fantasi ::

    sedang membayangkan :
    > kt sebelah aku ni adalah 'dia'
    > tgh online phone dgn 'dia'
    > 'dia' ajak balik kampung...
    > mkn bersama 'dia'
    > gelak ketawa 'dia'
    > 'dia' sdg tido (lena btol 'dia' tido..letih sgt kot..)
    > gaduh2 manja dgn 'dia'
    > berebut laptop dgn 'dia'
    > bergaduh pendapat dgn 'dia'
    > planning ttg anak & beli umah sendiri
    > bicara ttg kewangan
    > bicara ttg adik2 ('dia' harapkan adik2 boleh berdikari)
    > masak utk 'dia' (very simple person,kdg 'dia' request sardin ja..mayb dia tau bini dia ni xpandai masak..)
    > cuba meluangkan masa each others..
    > & banyak lagi....

    :: Fatimah ::

    rupanya baby boy yg disangka bakal lahir tu sebenarnya adalah gegirl...  baby dilahirkan around 3am @hospital kota bharu pada 19/12/2011 selepas disyaki telah lemas dan terbelit tali pusat.. dari sumber yg boleh dipercayai, baby dinamakan sebagai Fatimah sedperti nama anak Rasulullah s.a.w ...

    p/s : Nama Fatimah yang akar katanya dari kata “fa-tha-ma” bermakna terpisahnya atau tercerabutnya sesuatu; sesuai dengan lisan riwayat; terpisahnya atau tercerabutnya puan besar ini dari segala jenis keburukan dan ketercelaan dan juga bermakna bahwa beliau akan menyelamatkan para pecinta sejatinya dari api neraka.
    ( sumber : http://www.alhassanain.com/indonesian/articles/articles/holy_prophet_and_ahlul_bayt_library/fatime_al_zahra/arti_fathimah/001.html )


    gegirl jugak seperti Batrisya rupanya...

    Pikah menunjukkan bakat bakal jd seorg kakak..xpe la Pikah walaupun 'Fatimah' dah xde, Batrisya kn ada??
    adakah mungkin kalo baby lahir, batrisya & 'fatimah' akan menjadi saing baik seperti Pia & Pikah ??

    Monday, December 19, 2011

    :: al-fatihah ::

    al-fatihah... sayang, 13/4/2011 adalah tarikh hitam bagi diri saya...bukan sj saya,malah seluruh ahli keluarga kita sgt2 merasai pemergiaan awak.. saya tahu, org yg paling sedih adalah abah... walaupun abah tidak menunjukkan reaksinya di depan kitaorg semua,tp jauh di sudut hatinya, saya tahu abah sgt merasai kehilangan awak sebagai anak sulung dan harapan keluarga... sayang, mungkin masa hayat sayang, awak belum sempat tahu ada berita gembira iaitu kita bakal mempunyai 'adik baru' ... adik baru yg saya maksudkan adalah adik kepada Pikah.. kami semua membayangkana mcmana bila 'awak' tahu hal ni..tentu awak gembira jugak..abah juga insan paling gembira kerana dari sumber yg boleh dipercayai, bakal adik kita tu adalah lelaki... selepas ketiadaan awak, mungkin bg abah, adik baru yg bakal lahir nnt adalah anugerah yg Allah berikan untuk abah menggantikan 'awak' walaupun TIDAK mungkin dapat menggantikan awak,tetapi sekurang2nya dapat mengurangkan kesedihan abah...
    18/12/2011 sepatutnya adalah hari gembira buat abah kerana bakal mendapat anak baru, akan tetapi sebaliknya apabila 'baby' tersebut disahkan terbelit tali pusat... madik & anak2 buah kita (kakak,kak ina & pia) baru je bertolak balik kelantan dgn Epu & Ide ...cuma Abelo je tertinggal sbb tak muat keta...saya pun tak dpt balik sekali.. cuma doa & bacaan al-Quran yg dapat saya sedekah istimewa utk awak, sayangku & adik bongsu awak yg xsempat awak kenali...menurut ma, jenazah akan diuruskan kat umah Binjal dan mungkinkah pusara adik bongsu awak akan ditempatkan di sebelah awak..
    Ya Allah Kau berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga terutama abah atas apa yg berlaku.. 2011 menjadi tahun yg banyak kenangan pahit utk kami semua....al-fatihah utk sayang & adik bongsu (menurut Pikah andai baby tersebut lahir, dia nak namakan syafiq ilham)..semoga kalian tenang bersemadi di sana... aminn....

    Thursday, December 15, 2011

    :: alphard ::

    new look...

    sayang, ni la rupa "alphard" kita sekarang.. saya dah baiki lepas raya pose aritu... btol ke awak nk warna putih alphard? tp,sy tgk xde pun cm wana alphard...banyak jugak kena baiki...nk sama dgn kos beli "alphard" la plak..sbb ni la antara harta yg kita miliki bersama, insyaallah saya xkan jual..dan jangan ada yg amik kesempatan nak jual plak 'harta' kami ni..walaupun buruk ke banyak duit kuarkan nak baiki ke apa.. kadang sian gak kat Ide, sbb dia belum biasa dgn "alphard" ni..dia pun runsing gak masa ula2 bawa..tp, skrg dia agak yakin la nak bawa...Ide cuma bawa seminggu sekali untuk g jual kt jalan TAR je....selalu saya bayangkan kalo yang bawa... baru sekali kan saya naek??ingat lagi lepas balik keja,kita g umah ciklah dgn "alphard" ni...saya gelak guling2 dlm "alphard" ni... kenangan bersama awak TAK DAPAT SAYA BELI di mana-mana....sayang,damailah awak di sana ....Al-fatihah...

    sebelum touchup