Sunday, August 31, 2014

:: Happy 7th Anniversary Sayang (31/8/07 - 31/8/14)



Dah lama xde entry…hati meronta2 nk menulis tp, no mood..no idea …rindu hati ini masih seperti dulu…malah makin rindu…



Assalamualaikum sayang…

Anyway,Hepi 7th anniversary sayang… 31 Ogos 2007 – 31 Ogos 2014… sayang…awak tinggalkan saya selepas 3 tahun 8 bulan 13 hari sy sbg isteri awak…awak tahu?skrg dah hampir sama tempoh kita bersama dgn tempoh awak tinggalkan saya…dah 3thn 4bulan 17hari awak tinggalkan saya…sy sendiri xtahu mcmn sy dpt tempuhi semua ini sampai ke saat ini… semoga episode cinta kita akan bersambung di Jannah nanti..insyaAllah…terima kasih sayang sebab sudi menjadikan saya sebagai tanggungjawap awak…terima kasih kerana menjadikan saya sebagai suri di hati awak…terima kasih kerana membahagiakan saya..sedikit pun xde rs sesalan hidup bersama awak,malah bangga kerana awak melengkapi hidup saya & saya melengkapi hidup awak…indah & manis hidup bersama awak x dpt saya gambarkan…ingat lagi kita pernah berbual tentang perjalanan hidup pertemuan kita bermula dari perkenalan yg pd asalnya tak diduga,disusuli pertemuan seterusnya yg dirancang oleh Fiza & Epu.. mustahil utk saya lupakan, perjalanan sgt lancer..berkenalan bln Oktober 2006,bertunang bln Disember 2006 terlalu cepat saya buat keputusan..tempoh pertunangan agak lama iaitu 24 Dec 2006 & disusuli 8bln kemudian baru diijabkabulkan & bermula fasa baru hidup sy yg segalanya ditanggung oleh awak sebagai suami...

Syg, insyaAllah pagi nnt kitaorg(saya,idey,T&husband , ciklah sefamily  & mayb Idi & family) akan pegi berkelah kat ….oh..alangkah bestnya hidup ini kalo awak ada bersama..tp, sy tahu, kalo cuti cmni mesti xsempat planning apa2, kita akan blk kg…xmustahil andai awak ada saat ni,kita akan balik Kedah….

Syg, anak2 sedara kita dah besar2…opps…syg,x lama lg kita dpt anak sedara baru…dgr2 kabar boy….mmg sejak bini Epu pregnant lg sy mcm rs bb boy…mesti bertambah hepi kalo awak & ma masih ada… syg, ms mula2 epu bgtau dia bakal jd bapa, dia bgtau perasaan dia  terlalu gembira & berasa nak call awak bgtau dia bakal jd bapa…dia nak kongsi saat bahagia itu bersama awak..tp, alangkah sedihnya bila back to reality, kenyataan nya awak dah meninggalkan kami selama2nya…semoga kita berjumpa di Jannah nanti..insyaallah…

Syg, kat dunia skrg, especially Malaysia, mcm2 berlaku skrg syg…plg terkesan ialah kehilangan pesawat MAS MH370 dan diikuti kejadian pesawat MAS MH17 yg terhempas..astagfirullah….sayang, awak tahu, perasaan sebak sy bila tgk upcara pengkebumian jenazah mangsa MH17 xdpt sy ungkapkan…lgpun sy pernah lalui saat kehilangan awak & sy pasti sesungguhnya pasti perasaan ahli keluarga magsa juga begitu…Cuma bezanya saya dpt menatap wajah terakhir awak sebelum jasad awak  kembali ke tempat asal …& Alhamdulillah jenazah awak sempurna…

Syg, saya ingat lg dlu awak pernah ckp, suruh la Mat (adik saya) beli kereta sbb kalo kita balik dgn flight sng sikit ada transport…skrg,bkn Mat je dh ada keta sendiri, Cekkana pun dah beli keta & yg plg sy xsangka saya naik kereta  yg dipandu oleh Cekkana…mcm xcaya pun ada…kalo awak ada……mesti raya tahun ni meriah….syg…awak tahu x, tok sedara(perempuan) sy yg kita g melawat ms kali terakhir kita baliki Kedah bersama tu masih ingat awak pernah g melawat dia time dia sakit….dah 2x dia ckp benda yg sama…dia ckp awak dtg sekali melawat time tu… sdgkn,mak bgtau tok sedara (tokcik) tu xberapa nk ingat  sgt…tp,xsangka dia ingat awak pernah dtg melawat dia wpun tu kali pertama & terakhir awak pergi….

Syg, rumah hantu (umah buruk) depan umah kita sewa ni dh diruntuhkan & skrg dlm proses buat rumah baru…segalanya..semuanya terlalu byk berubah syg…ekonomi skrg makin teruk....kalo dlu sy xkisah sgt sbb sy ada awak..sy xpernah runsing xde duit…sbb awak ada..kdg g keja pun terlupa bw duit…ye..sy dpt duit belanja dr awak setiap hari…dan sy xbw byk duit..plg byk RM10 sampai kan kdg diaorg minta sumbangan pun sy xde cash..hehehee..kdg pinjam duit dgn Nira sbb xbw duit belanja..lupa nak ambik…kdg bila fkr blk,mcm ayah g anta anak g sekolah..awak akan bg duit belanja lepas sy turun dari moto…hehehee…syg,sy masih biarkan jeans awak tergantung di tempat asal…saya masih belum basuh comforter terakhir …

Syg, xsedar dah subuh…belum tido lg…pagi kakre nk g picnic… okla syg..nnt sy updates lg apa yg kitaorg buat hari ni ye???assalamualaikum..alfatihah syg…semoga awak damai di sana....aminnn...

p/s : sayang,abelo ada sini..dh lbh 2minggu rasanya dia kt cni...hilangkan puah bkalih ..xsangka kan anak buah awak yg sulung ni dah abih blaja..masih mcm dlu syg,dia masih minat dgn bola jah...baru ni ternampak status wechat dia, dia mengharapkan awak masih ada menemani dia tgk bola bersama2....