Wednesday, June 29, 2011

:: bila si dia sudah tiada ::

sayanG,semalam saya g settlekan skim pencen awak kt Etiqa...rupanya saya kena g suruhanjaya sumpah sbb polisi awak ilanG (sedanGkan saya sendiri tak pernah tGk polisi awak,sbb awak join sblm kita kenal..) so,saya kena g sahkan kt suruhanjaya sumpah kt pejabat MARA.lepas tu g anta semula kt pjbt Etiqa...smua dah submit kecuali salinan IC awak...sbb IC awak ilanG masa hari kejadian..tp,saya submitkan sijil beranak awak la.yG saya geram sGt dlm report plak polis xde inform dompet awak ilanG...dia tnya,tp,dia x masukkan dpt report...byGkan masa g wat report keadaan masih blum pulih,rasa mcm darah naik kepala je masa tu..skrG pun masih terasa blakanG kepala ni kdG2 berdenyut2... mcm biasa, Ide yG bw...kebetulan ma adik kena g spital jugak check telinGa dia...ma pun g juGak,temankan ma adik... odw g,sinGGah mkn nasi lemak TC kt batu 2 (kalo xsilap la...)
arini, saya g anta salinan report polis kt cimb kota bharu auto finance..balik td sinGGah umah kak sbb ma pesan pisanG kirim kt kak...sayanG,dh xlama kita nk dpt anak sedara baru..alanGkah bestnya kalo saat ni awak ada bersama..saya xtahu apa perasaan sbnr saya skrG,yG pasti saya xsabar utk melihat kelahiran baru dlm family kita...tp,kdG2 timbul perasaan sedih sbb saya xpernah melalui saat2 tersebut..alanGkah bahaGianya kalo kita punyai zuriat bersama...
sayanG,masa kt umah kak tadi,kak ada bGtau,mlm semlm kak nmpk piah mcm xleh tido sGt...pG td dia mls nk g sekolah,then kak gaya2 dia,kak oyaq, kt dia " adik,mama lonG oyaq,mama lonG xsayanG kalo adik x g sekolah.." sambil anGGuk2 kepala dia pun bGn g sekolah..cerdik kn dia?saya xtahu apa dlm hati & fikiran dia..pG td juGak,peya bGtau kak, smlm  dia kecek dGn awak mlm tadi...katanya " kalo ayah lonG nk tido,ayah lonG tido la dulu..adik teman ayah lonG.."cerdik sunGGuh dia...seolah2 dia menGerti apa yG ada dlm perasaan orG yG lebih tua drpd dia...setiap kali saya terinGatkan awak,saya pasti terbayanG saat2 saya nak diturunkan dari ambulance kt umah ni...yG saya perasaan & inGat adalah wajah kak sambil mendukunG piah...bila saya terbayanG saat tersebut hati saya menjadi sayu...sayanG,saya rindukan awak....saya sayanGkan awak sepenuh jiwa saya...hanya sedekah al-fatihah,yaasin & ayat2 Quran dpt saya hadiahkan utk awak....sayanG, saya berdoa semoGa kita dapat bertemu di syurGa nanti...aminnn.....


Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Sunday, June 26, 2011

:: hilanG ::

ni aku nak bebel sket, sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada insan-insan yG menolonG aku & arwah suami aku semasa kami terlibat kemalanGan di jalan Gua musanG-kuala lipis pada 13/4/2011 yG lalu.. dlm kejadian sebegini masih ada rakyat kita yG amik kesempatan dlm kesusahan orG lain..semasa kejadian tersebut, aku kehilanGan iphone 3gs,nokia biasa,rantai leher, duit lebih krG rm250.00 & dompet duit arwah..yG aku kesalkan, pihak polis & hospital tak dapat hubungi waris kami gara-gara maklumat utk dihubunGi gaGal dikesan.. waris cuma dpt dihubunGi bila aku sedar dari penGsan lebih krG dlm pukul 7.00 am.. waktu tu aku terpaksa berdepan dGn mcm2 situasi.selepas aku sedar,mula2 sekali doc khabarkan pd aku ttG kematian arwah.. byGkan dlm keadaan mcmtu aku terpaksa menGinGati nombor2 waris utk dihubungi...ni la gara2 orG curi handphone..dari maklumat yG aku perolehi,adik ipar aku tahu siapa yG curi...orG tu siap bGtau laGi dlm beg baju aku ada laptop...maksudnya diaorG buka dulu sebelum polis bertuGas sampai..ye la,kalo diaorG amik laptop nmpk sGt sbb xleh nk sembunyikan..brG2 kecik leh masukkan dlm poket...tp,yG aku kesalkan,orG tu pun bekerja dGn kerajaan juGak cuma kebetulan dia nmpk kejadian dan bukan anggota bertuGas...manusia..manusia....
3gs yg arwah beli utk aku sblm bln pose thn 2010.. pic dlm tu hanya tinGGal kenanGan... 

hp ni masa ilanG xde sim card,tp nombor2 dlm tu yG pentinG :(


contoh sahaja <..>


edit sket sbb pic lama -nmpk aurat-

:: anak buah baru ::

yesss... xlama laGi aku nak dpt anak buah baru..anak buah baru ni dh lama aku nantikan sbb sejak aku kawin,belum ada kelahiran baby dlm family samada family aku atau arwah..so,bila dpt tahu kak cum mummy piah nGandunG, mmG aku & arwah menantikan saat baby dilahirkan.. dlm kepala otak aku,mesti nnt bila kak dh melahirkan baby,si dia akan ajak aku balik kampunG tGk baby baru..tp,syG sekali si dia xsempat melihat wajah baby... adakah baby ini bakal jadi penGGanti arwah?? adakah kelahiran baby baru ni akan menGGantikan arwah @ baby ini akan mewarisi sifat-sifat arwah?? rasa xsabar nk tGk baby baru yG dijanGka dilahirkan pada 13@14 julai nanti melalui ceasar... xsabar rasanya nak belikan baju2 baby.. patutla thn lepas masa bln pose aku terinGin sGt nk beli baju baby..semasa shoopinG kt Pavilion, aku belek2 baju2 baby,dlm hati aku berkata "cantiknya baju2 baby ni,kat sapa la aku nak belikan?"

Saturday, June 25, 2011

:: masih suami isteri di akhirat ?? ::


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

:: saat-saat kematian ::

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.

Friday, June 24, 2011

:: hadiah untukmu ::

sayanG,baru sekejap tadi awie call tanya, sapa order belindanG utk awak? setahu saya abah dah order,cuma orG yG nk anGkat belindanG xde...jadi,hari ni barulah belindanG sampai... pG td saya,ma & kak g amik pokok kemboja kat umah abG zahir,anak ayah man...lepas awie call td,saya bGtau ma,ma ckp rasa cm nk g tGk...ma bw pohon pokok kemboja utk ditanam pd kubur awak..saya xdpt ikut sbb off.. tp,alhamdulillah pG td saya sempat bacakan yaasin utk awak..semoGa roh awak tenanG & aman di sana... al-fatihah....

:: apa terjadi di dalam kubur? ::


Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.
Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?
Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.
Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.
Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia?
Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu"
Apa jawapannya sebenar ?
Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-
ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ
Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w  menyebut  berkenaan  ujian-ujian di dalam kubur.
Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"
Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47  : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !
Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.
Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-
إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ
Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi,  5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)
Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ye, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga. Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :-
إنما المؤمن طائر يعلق في شجر الجنة حتى يرجعه الله إلى جسده يوم يبعثه
Ertinya : Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya. ( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

Bulan
Sempena 10 akhir Ramadhan ini, segeralah kita menyiapkan diri sehabis mungkin untuk selamat dari sebarang azab kubur yang amat mengerikan.
Bagi orang yang bertaqwa, inilah peluang terhebat. Bagi individu yang hatinya diselaputi sifat nifaq dan dosa.

:: hari ini ::

sayanG,arini ari jumaat...saat ni saya dh kt umah ma...saya, ma & kak ina baru balik ziarah kubur awak. mesti awak balik semalam kn?? mesti awak nmpk apa yG kitaorG buat kt umah kn?? 
sayanG, arini saya, ma & ide akan peGi cari pokok kemboja untuk awak... abah oyaq ko ma sruh try tanya umah waris abah kt depan kubur TunjunG....

:: Toyota Caldina ::

sayanG,semalam lepas ziarah kubur, saya, ma & asha direct ke umah kak...dlm perjalanan, nmpk la sebuah caldina wana kuninG,terus inGatkan awak..... 
black

silver - masa mula2 beli...

Thursday, June 23, 2011

:: Hukum menyiram air atas kubur & menanam pokok ::


Soalan; Adakah tindakan menyiram kubur dengan air merupakan suatu perbuatan bidah atau yang ditegah? Bagaimana pula yang menanam pokok rendang dan menaburkan batu2 sungai di atas kubur kerana dipercayai ahli kubur akan berasa sejuk dengan bacaan zikir dari pokok dan batu2 tersebut?


Jawapan;


Terdapat hadis dari Ja’far bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menyiram air ke atas kubur anaknya Ibrahim” (HR Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi). Berdasarkan hadis ini sebahagian ulamak –termasuk Imam Syafi’ie dan Imam Abu Hanifah- berpandangan; disunatkan menyiram air ke atas kubur setelah mengkebumikan jenazah. Namun menurut ulamak-ulamak hadis; hadis di atas adalah dhaif dan juga mursal.[1]Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Adapun hadis kubur Ibrahim (anak Nabi s.a.w.) dan siraman air ke atasnya (oleh Nabi s.a.w.), hadis itu diriwayatkan oleh Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi dengan isnad (yakni jalan periwayatan) yang dhaif” (al-Majmu’, 5/258).


Adapun menanam pokok rendang di atas kubur, saya ada terbaca ulasan Syeikh Sa’id Hawa tatkala memperkatakan tentang hadis yang menceritakan Nabi s.a.w. memacak pelepah tamar basah di atas dua kubur agar penghuninya diringankan dari azab. Kata beliau (yakni Syeikh Sa’id Hawa); “Di dalam hadis tersebut terdapat petunjuk bahawa pentingnya kedapatan tumbuh-tumbuhan/pokok-pokok di atas kubur. Dari kenyataan ini, dapat kita simpulkan bahawa di antara adab-adab kaum muslimin bersama tanah-tanah perkuburan ialah dengan mereka menjadikannya menghijau (dengan pokok-pokok), malah jika dapat mereka menjadikannya seperti taman-taman”. (al-Asas Fi as-Sunnah Wa Fiqhuha, 3/1175).


Hadis yang dimaksudkan itu ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Suatu hari Nabi bersama beberapa orang sahabatnya berjalan melintasi dua kubur, lalu baginda berkata; “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini sedang disiksa dan tidaklah mereka disiksa kerana perkara yang dianggap besar oleh manusia. Adapun salah seorang darinya disiksa kerana ia tidak menjaga dari kencingnya. Sementara seorang lagi kerana ia suka mengadu domba (yakni memperlaga-lagakan orang lain)”. Nabi meminta satu pelepah tamar, kemudian baginda membelahnya menjadi dua dan dipacakkan setiap satunya di atas dua kubur itu dan baginda bersabda; “Semoga akan diringankan azab dari kedua-duanya selama pelepah ini tidak kering” (HR Imam al-Bukhari)


Sebenarnya perbuatan Nabi s.a.w. dalam hadis di atas menjadi pertikaian di kalangan Ulamak; adakah perbuatan itu khusus bagi Nabi s.a.w. sahaja atau ia disyari’atkan juga kepada umatnya? Para ulamak terbahagi kepada dua pandangan;


Pertama; Perbuatan itu khusus bagi Nabi s.a.w. sahaja, yakni tidak disyari’atkan untuk umatnya. Diantara ulamak yang berpandangan sebegini ialah Imam al-Bukhari, al-Khattabi, Qadhi ‘Iyadh dan sebagainya.


Kedua; Perbuatan tersebut tidak khusus bagi baginda, akan tetapi umum bagi sekelian kaum muslimin. Ini kerana tidak ada dalil yang menegaskan bahawa perbuatan tersebut hanya khusus untuk Nabi sahaja, maka ia harus diikuti oleh umatnya. Selain itu, terdapat contoh amali dari sahabat iaitu Buraidah bin al-Khasib al-Aslami r.a. yang telah mewasiatkan supaya diletakkan di atas kuburnya dua pelepah tamar apabila ia mati kelak (Riwayat Imam al-Bukhari). Tidak ada sahabat-sahabat lain yang masih hidup yang membantahnya. Di antara yang menyokong pandangan kedua ini ialah Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul-Bari (1/33 dan 2/466).


Berdasar kepada pandangan kedua di atas, harus kita memacak kayu atau pokok hidup di atas kubur dengan doa dan harapan agar Allah meringankan azab penghuni kubur sebagai beramal sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w..


Berkata Syeikh ‘Atiyah Saqar; “Aku melihat tidak ada dalil yang menegah amalan tersebut (beliau merujuk kepada soalan yang ditanya iaitu; “Menabur bunga dan memacak pelepah/batang pokok di atas kubur; adakah ia disyari’atkan?”). Selama diimani bahawa yang memberi manfaat dan mendatangkan mudarat ialah Allah sahaja dan apa yang kita lakukan untuk si mati sama ada doa, sedekah atau lain-lainnya tidak lebih dari sebab-sebab untuk memohon turunnya rahmat Allah (kepada si mati), maka tidak ada factor untuk diingkari amalan tersebut”. (al-Fatawa, Syeikh ‘Atiyah Saqar, 1/370).


Wallahu a’lam.


Rujukan; 


1. al-Majmu', Imam an-Nawawi, 5/258.
2. al-Fatawa, Syeikh ‘Atiyah Saqar, 1/370
3. al-Asas Fi as-Sunnah Wa Fiqhuha, 3/1175.
4. Syarah Soheh Muslim, juz. 3, kitab at-Toharah, bab ad-Dalil ‘ala Najasatil-Baul
5. Ahkam al-Mayyit Wa ‘Adatul-Maatim, as-Sodiq bin ‘Abdurrahman al-Ghiryani, hlm. 41-42.


dipetik daripada : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/menyiram-air-atas-kubur-dan-menanam.html

:: moto besar ::

dlm blog sebelum ni saya berjanji akan ceritakan ttG kaitan moto besar dGn si dia.. kepulanGan kita buat kali terakhir ini aGak lain sket dr kebiasaan sbb biasanya lepas saya balik kerja Jumaat mlm kita akan trus beranGkat balik kampunG,tp,kali ni, kita bertolak pd paGi sabtu, 9 april 2011... alasan beranGkat lewat adalah sbb nak tGk citer Maharaja Lawak..tp,awak xsempat tGk sampai abih sbb dkt2 kol11pm,cina chow kit call sbb dia dh nak tutup kedai,dia tanya awak nak amik stok seluar tak??awak jawap nak sbb nak balik kG dah slps ni... errm...saya rasa citer ttG persediaan sehari sebelum balik kG,saya ceritakan di episod yG lain..yG saya nk ceritakan di sini adalah dlm perjalanan balik ke Klate pd hari tersebut, kita terserempak dGn sekumpulan moto besar...awak ckp bestnya tGk diaorG naik moto besar..selepas kita memotonG kumpulan mereka,kita pun teruskan perjalanan mcm biasa..cuma lately ni baru saya perasaan,sepanjanG perjalanan saya x tido...saya temankan awak memandu sampailah kita sampai ke rumah...masa perjalanan kita hampir sampai ke shell Gua musanG,saya tertanya dlm hati,di manakah kumpulan moto besar tadi...tiba2 awak suruh saya tGk kt sebelah,rupa2nya kumpulan diaorG pun sampai tak lama kemudian...awak ckp kt saya "kan best kalo kita beli moto besar...cepat sket saya hantar awak g keja."
selepas isi minyak,awak ke tandas berdekatan..apa yG saya perasaan, awak masuk terlalu lama dlm tandas,tp,mulut saya terkunci utk bertanya...semasa awak dlm tandas utk,saya rs hampir 5org ahli kumpulan moto besar utk gilir masuk ke tandas sebelah tandas yG awak masuk,sbb tu sy rasa terlalu lama kt dlm tandas...selepas tu kita teruskan perjalanan & sempat berhenti mkn kt restoran apa ntah...saya xinGat nama..nnt kalo saya inGat sy update..setiap kali lalu restoran tu,sy mesti inGatkan awak...bila kita sampai di rumah,kebetulan moto besar mcm yG kita jumpa tu ada kt umah jiran awak,aiman.. menurut apa yG saya dGr,sapa pun xboleh naik moto tu kecuali aiman soranG..tp,dGn awak,aiman sanGGup baGi awak naik..pada hari ahad,awak naik moto besar tu round Kota Bharu..awak suruh ide bw g baiki caldina sbb break pad dah haus...hari tu jugak awak suruh saya snap pic awak naik moto tu...tp,syGnya saya xsempat upload..iphone dh dicuri semasa hari kejadian...so,gambar kenanGan awak dGn moto tu xdpt saya simpan...moto yG awak naik tu berwarna ijau,semasa awak nk kuar naik moto tu,awak minta saya amikkan baju utk awak..kebetulan saya awak tshirt east india yG warna ijau tu.. so,dGn moto ijau,helmet ijau,tshirt ijau east india & kasut converse awak pun round2 kota bharu..finally,dpt juGak awak merasai menaiki moto besar...awak ada jugak bGtau masa awak g CIMB kota bharu nak amik duit,smua orG tGk awak..ada juGak yG tanya harGa moto..tp,secara jujur awak bGtau awak pun xtahu sbb awak pinjam...menurut kata orG tu,biasanya tuan punya moto camtu xbegitu mudah bG orG lain pinjam... jawap awak "dah saya pun bG dia naik keta saya.."beGitulah ceritanya kaitan si dia dGn moto besar...

xsure moto jenis apa yG arwah naik..tp,lebih krG pic di atas

baju yG arwah pkai semasa menunGGanG moto besar




:: semalam ::

sayanG, ptG selasa yanG lepas, selepas ziarah kubur awak, saya, ma, ma adik, pikah & ide peGi mkm meGi ketam kt kedai abe pokyie.. terinGat saat awak bawa saya ke sana mkn sekali dGn donan & aiman..
yanG, semalam saya call shahrin saja nk tanya khabar, lepas call dia (ma pun sempat berckp dGn shahrin gk..) lepak2 kt tanGGa, borak2 dGn ma, sambil bercerita ttG mcmana kita berdua kenal,1st date & lain2... terGambar di wajah ma keGembiraan tatkala bercerita ttG awak.. itu yG saya nmpk..tp,yG saya x nampak dlm hati ma,xtahu apa yG ma sdG fikirkan saat itu.... sayanG, bukan setakat saya,tp anak2 buah awak sGt2 rindukan awak..baru2 ni kak ada msG bGtau kak ina tersedar dr tido,kemudian dia bGtau kak,dia terinGatkan ayah lonG,kak ina nk sGt bc yaasin utk awak,tp dia bGtau kak, dia xpandai nk baca...so,kak suruh kak ina bc al-fatihah kt awak..insyaAllah, kalo dia dtG umah ma, saya akan ajak dia sekali ziarah kubur awak & dlm ms yG sama dia boleh ikut saya baca yaasin sket2....syG. selepas pemerGian awak,piah bGtau dia nak baik dGn awak...xser balah dGn awak laGi...sunGGuh cerdik anak2 buah awak...semoGa bila diaorG besar nanti diaorG masih inGat mereka masih mempunyai AYAH LONG..awak sGt bertuah,sayanG......saya pun sGt bertuah dpt konGsi hidup yG penuh dGn kenanGan dGn awak...
hanya tinGGal kenanGan... 

Wednesday, June 22, 2011

:: mimpi ::

setiap hari aku berdoa & harap aku dpt mimpikan si dia..malanGnya,sehinGGa hari ini, Allah belum memakbulkan doa aku... tp,aku xputus asa utk berdoa agar dpt mimpi2 indah bersama dGn si dia.. setiap hari aku masih merasakan bahawa si dia masih ada di dunia ini..tp, tatkala selepas menunaikan solat & berdoa aGar rohnya tenanG di sana, aku baru sedar bahawa si dia sudah lama meninGGalkan aku.tatkala menyebut 'arwah', pada masa itu la aku berasa amat sedih & pedih di hati ini,kerana aku terpaksa menerima hakikat bahawa si dia sudah meninGGalkan aku..sayanG, i luv u so much semoGa roh awak tenanG di sana bersama sanG Pencipta.al-fatihah

Tuesday, June 21, 2011

:: cemburu ::

aku rs cemburu melihat pasanGan suami isteri lain..aku jua cemburu bila melihat mereka cukup seGalanya..ada anak2 & ada cukup ahli keluarGa... sebaGai hamba Allah yG serba kekuranGan, aku akui aku xdpt lari drpd perasaan cemburu terhadap insan lain... cemburu melihat orG lain berGelak ketawa bersama ahli keluarGa mereka... sebelum pemerGian si dia, aku berasa cemburu melihat orG lain mempunyai zuriat..bila aku luahkan kpd si dia, dia akan ckp "tu smua kerja Allah,saya yakin Allah akan berikan kita zuriat...dapat berkahwin pun saya dah bersyukur..tGk orG lain,ada yG belum kahwin.. "sekali fikir mmG btol apa yG si dia ckpkan,tp naluri seorG isteri & perempuan, sudah tentu xrasa lenGkap tanpa anak dpt sesebuah perkahwinan...tp,aku redha cuma kdG sedih sbb tiada zuriat bersama orG yG amat aku syG & cintai,Sharfan Che Soh... syG,kdG rasa cemburu terhadap orG2 yG lebih tua drpd saya,sbb setiap kali selepas solat saya slalu berdoa smoGa saya dpt melalui hari2 tua bersama dGn awak...syG,semalam ma cerita, dia xdpt menahan sebak dihati pd waktu pG smlm..lalu menitis jua air mata seorG ibu..ma sempat bGtau dia terasa kelam bila awak tiada.. syG,kalo ma rasa  kelam,rasanya apa pulak perasaan saya??syG,awak terlalu bertuah kerana meninGGalkan kami terlebih dahulu...sbb awak masih mempunyai ma, abah, saya, adik2, anak2 sedara.. kerana kami semua akan mendoakan & sedekahkan alfatihah serta bacaan yaasin utk awak setiap hari (insyAllah...) tp,nasib saya xtahu laGi mcmana..kita x punya anak utk mendoakan kita...kita cuma boleh menGharapkan anak2 sedara (sekiranya mereka masih inGat ..) utk mendoakan kita nanti...syG, awak sGt bertuah dilahirkan dalam keluarGa yG amat menyayanGi awak... syG,masih laGi saya inGat senda gurau awak ..awak pernah berkata "kalo aku mati,mu boleh la kawin lain.." (aku & si dia bkn psGn yG romantik,kalo time gurau senda mmG biasa panGGilan mu,aku..sbb aku rs amat rapat kalo panGGilan Gitu...tp,biasanya panggilan yanG la....)apa jwpn aku "kalo nak mati pun byr dulu hutanG2..." "utanG apa?utanG neGa standart la muGo kita amik brG laGi dGn tokei..utanG apa ??" tanya si dia..dGn selamba aku menjawap " utanG keta ni..?" si dia cuma tersenyum...sebelum si dia perGi meninGGalkan aku buat selama-lamanya, dia sempat bw ku g mkn steambot kt restoran nelayan..katanya masa dia g meetinG peniaGa jln TAR,diaorG mkn kt ctu,masa mkn kt ctu dia terinGat kt aku...jadi,dia pun niat nak bw aku ke sana... alhamdulillah, niat si dia termakbul 2,3 hari sebelum kami beranGkat balik ke Klantan sebelum traGedi hitam tersebut...sayanG,maaf kan saya sbb setiap kali terinGatkan awak,air mata ini pastinya akan guGur jua...sayanG,apa yG boleh saya buat,cuma sedekahkan al-fatihah,yaasin & bersedekah sbb awak pernah bGtau saya & minta saya inGatkan awak kalo awak terlupa,setiap kali ada orG dtG minta sedekah,awak mesti bG w/pun rm1... janji ikhlas,samada peminta sedekah tu btol2 atau pura2, itu antara dia dGn ALLAH..insyaallah,saya akan inGat kata2 awak tu...

Monday, June 20, 2011

:: tiada laGi ::

tiada laGi :-

~ "yanG,esok kita balik kG??nak la tu..nak la tu jumpa piah & pikah "tp skrG, aku dh xdpt laGi dGr ayat tu..

~ "yanG, balik nnt awak g soGo dulu la, nanti saya amik kt soGo.."

~ tiada laGi kucupan di dahi setiap kali aku bersalam dGn si dia yG menjadi kelaziman bila si dia hantar aku ke opis...

~ tiada laGi jari-jemari yG membelai aku utk aku salam & kucup setiap hari

~ tiada laGi peneman aku tatkala aku terdampar di hospital...pasti aku akan berasa sedih dan ber+ sedih sekiranya aku masuk spital kali ni....

~ tiada laGi pendoronG & penasihat di saat aku kesedihan

~ tiada laGi suami & sahabat ...

~ tiada laGi Sharfan bin Che Soh

Sunday, June 19, 2011

:: siapa Sharpan bin Che Soh? ::

* seorG hamba Allah s.w.t yG hayatnya cuma 37 tahun 10 bulan 13 hari ni dunia ini
* umat nabi Muhammad s.a.w 
* anak kepada Che Soh bin Che Mamat & Maznah bt Deraman
abah & ma

* suami kepada Nor Yusdiawati bt Yusof
husband & wife in black

* abG sulunG kepada 10 orG adik - Sharfani, Sharfidi, Shariful, Sharfawi, Shahrin (tiada dlm pic), Sharfawati, Sharidan, Sharfanira, Shakila & Shafiqah
sharfidi

dari kiri : Sharfanira, Sharidan, Sharfawati & Shakila

dari kiri : Sharfawi, Sharfan, Shariful & Sharfani

Shafiqah

* menantu sulunG kepada Yusof bin Ibrahim & Sharah bt Jusoh
mak & abah

* seorG anak yG sGt hormati kedua ibubapa & mertuanya
* seorG yG berfikiran jauh
* seorG yG menGutamakan keluarGa dr seGalanya
* seorG suami yG bertanGGunGjawab, penyayanG & manja
* seorG yG mudah kesian dGn orG lain
* seorG abG yG sentiasa memikirkan ttG masa depan adik-adiknya
* seorG yG berwawasan & sentiasa mimikirkan cara untuk memajukan    diri
* Sharfan Che Soh adalah lelaki yG aku rindui saat ini & insan plG aku sayanGi di dunia & insyaAllah juga di akhirat nanti....

Saturday, June 18, 2011

:: Perkenalan Dyasape ::

pada bln Ramadhan 2006, sahabatku Fieza ajak aku ke uptown danau kota..memandanGkan aku mmG xde buat apa2...jd,aku pun menGikut Fieza... katanya dia nk berjumpa kawan... rupanya dia bw jumpa kwn dia yG neGa kt sana... tanpa kusedari rupanya ada mata memandanG aku... drpd Fieza,aku dpt khabar ada seseorG inGin menGenali aku..2,3 hari selepas itu aku peGi laGi ke sana,tp,kali ini Fieza xdpt dtG jemput aku,kami cuma berjanji jumpa di uptown je... dGn kuasa yG aku ada,aku menGajak kwn aku ,Ayub namanya (sebenarnya niat nak suruh dia G anta ja...sorry ye...xde niat nk memperGunakan) sempatla si Ayub lepak sekali.. sejak pd mlm tersebut barulah aku tahu insan yG nk sGt kenal aku bernama Sharfan iaitu abG sulunG kepada kwn Fieza...pada mulanya mmG aku pun xde apa2 perasaan,sbb ntah la nape... aku sendiri xtahu(ada jugak sikap memilih time tu..)masa lepak2 tu,salah seorG kwn kpd si dia sempat laGi bertanyakan soklan cepumas...dia tnya si Ayub tu gewe aku ke??? aku pun tanpa sedar dGn pantas jawap " buke,sainG jah.." rupanya Fieza dah rancang mlm tu,kononnya nak anta aku balik,alih2,si dia yG anta aku balik... sejak malam tu aku mula rapat dGn si dia.... si dia pernah bGtau,"awak inGat x masa mlm awak dtG danau kota dGn jaja??" jawap aku " inGat sket2 jah...cuma saya perasan ms tu awak dok layan customer.."katanya laGi "mlm tu waktu saya pandanG awak,tiba2 dada saya berdebar.." senyum aku mendenGar kata2 si dia...sedar2 xsedar dh hmpr nk raya,bermakna hampir sbln aku kenal si dia...(time aku br kenal tu,xsilap aku masa lbh krG seminggu lebih kita start pose ...)masih seGar diinGatan pada mlm sebelum aku start cuti raya,pada mlm tu,selepas si dia nega,aku habiskan masa bersama si dia ronda2 KL..aku akui,drpd si dia lah aku kenal KL & tempat2 di sekitar KL... dia anta aku balik ke rumah,time tu aku menyewa di sri kinabalu condo,seksyen 10,wanGsa maju...thn tu,aku balik dGn sepupu aku Laila... masih ternGianG2 kata2 dia terakhir sebelum raya " saya betol2 serius nak kawin dGn awak,lepas raya kita bertunanG.." walaupun dari riak si dia ,nampak serius,tp, mcm biasa,aku tetap kuranG yakin dGn lelaki..tambahan pulak rs terlalu sinGkat perkenalan itu..dlm hati ini berkata " btol ke apa dia ckpkan tu??silap2 bila aku bGtau family aku,xjadi,buat malu jah.." aku pun xde bGtau family aku...ada suatu hari,si dia call tanya,dah bGtau family aku ke belum sbb dia dh bGtau family dia..berdebar aku dGr time tu...dlm masa yG sama mmG aku sudah mula menaruh perasaan terhadap si dia memandanGkan  si dia seorG yG matanG & berterus-teranG..time tu aku fikir,mcmana cara aku nak bGtau family aku terutama mak...issh..malu la nk bGtau...aku maish inGat,aku cuma ada kekuatan diri bGtau mak aku di pG raya..masa tu,mak aku tGh iron bj raya ...time tu juGak aku susun kata2 & dGn lancarnya aku bGtau mak "mak,lepas raya ni ada orG nak mai umah.orG klate.." sepantas kilat aku larikan diri..lari ke rumah sebelah iaitu rumah makcik aku juGak...aku pun heran mcmana mak aku mudah menerima si dia...mayb sbb faktor umor aku kot..masa tu umor aku dah 25tahun...tp,kalo ikutkan 25 tahun tu masih fresh & muda laGi.. hehehee...tp,aku xrasa masa tu dia desperate nakkan menantu...yG peliknya,mak aku xde plak tanya si dia bekerja apa??pekerjaan tu adalah pentinG bG seseorG mak mertua tambahan plak utk bG mkn anak pompuan dia..tambahan plak anak sulunG...lepas raya ,mcm biasa aku balik ke Kl memulakan kehidupan mcm biasa dGn sedikit kegembiraan di hati..selepas 2minggu di kampunG,si dia kembali ke KL..si dia pernah bertanya " nape awak mudah sGt percaya & terima saya ??" aku cuma diam... si dia berkata "kalo la,saya dah x dtG KL mcmana??" dan dia sendiri menjawap "munGkin ni la dinamakan jodoh.." selepas raya 2006,aku masih inGat,si dia bGtau "abah bG rm10k ni suruh nega..kalo berjaya pun berjaya la..kalo ruGi pun dGn rm10k tu la.." dGn rm10k itu,si dia byr tapak pasar mlm jln TAR..bermula sejak itu,si dia mula nega di jln TAR... pada awalnya,aku x ikut dia nega,selepas bertunanG baru aku turut ikut di dia nega...begitulah rutin aku setiap sabtu.. bermula dGn modal yg kecik kami tambah stok jualan sikit demi sikit....susah senanG aku & si dia dah lalui bersama.. pernah juGa aku bGtau si dia, "saya xperlukan wanG rinGGit yG byk,xperlu kaya raya,cukup sekadar lepas byr umah,keta,mkn & minum kita..sbb saya cuma nk masa bersama awak.." pernah juga waktu susah,dulu stok brG dihantar dGn bas Express..pukul 4,5pagi si dia bGn la g amik kt Greenwood... plG aku inGat masa tu,keta wira WFY tu rosak,aku namapak si dia mcm runsinG mikir mcmana nk amik stok esok paGinya..aku cadanGkan g dGn moto je la...pastu stok brG tu bw naik teksi...byGkan pd masa tu,mcmana dtGnya keberanian aku,aku balik dGn moto paGi2 buta tu sendiri sbb si dia tunGGu bas blum sampai..memandanGkan aku kena keja pG tu,aku balik sendiri...pada mulanya,si dia x izinkan...tp,aku bG jaminan semuanya selamat & janji akan call bila dh selamat sampai rumah...alhamdulillah,aku selamat sampai rumah & xberapa lama kemudian si dia pun sampai dGn teksi...itu antara kenanGan manis yG plG aku inGat & aku rindui saat2 tersebut... ni cerita lepas kawin dah..kali pertama aku kenalkan si dia dGn family aku ialah pada hari perkahwinan pakcik aku,pakcik at..malanG seklai pada hari tu,aku demam teruk..kami bertolak dr KL dan sinGGah di sG petani ke rumah kwn si dia,Ise.. dari sG petani,kami & family Ise ke Ayer Hitam,rumah Tokwan uk menGhadiri majlis perkahwinan pakcik At ... tu lah kali pertama si dia bertemu family aku...berbalik pada crita sblm berkahwin td,memandanGkan aku masih baru keja kt Ambank & cuti pun x byk,aku & si dia sepakat memilih 25 december 2006 sbg tarikh utk menGikat tali pertunanGan...alhamdulillah,dGn izinNya,semuanya berjalan dGn lancar,aku sah berGelar tunanGan Sharfan Che Soh.. dan pd hari tersebut juga pertama kali aku bertemu dGn ahli keluarGa si dia meranGkap bakal family mertua aku..dlm ramai2 ahli keluarGa si dia yG dtG,yG aku dah kenal sebelum tu cuma 2 orG adik si dia,Shariful & Sharfidi...
dtG jauh tu,dari Klate...



aku xinGat samada tarikh perkahwinan ditetapkan pada hari yG sama ke selepas itu...tp,dGn izinNya,kami selamat diijabkabulkan pada 31 Ogos 2007..tarikh tersebut diambil sempena tarikh perGinya nenek sebelah abah aku pada tarikh tersebut & kenduri kahwin kami disertakan dGn doa selamat utk arwah nenek aku,Siti Hajar bt Ismail..al-fatihah... beGitulah sinGkatnya perkenalan kami dan terus melanGsunGkan perkahwinan.. si dia pernah berkata "yanG, dari awla kita kenal,sampai tunanG,kawin,Allah permudahkan kn??apalah ujianNya kt kita kan??" memandanGkan kami belum dikurniakan cahayamata,jadi dlm perkiraan kami,ujian dariNya munGkin berkaitan dGn zuriat...rupanya2 zuriat salah satu ujianNya utk kami & perGi nya si dia adalah ujian palinG berat dr Dia untuk aku.....aku kehilanGan insan plG aku sayanG,yG bergelar suami pada usia aku nak masuk 30 tahun... perginya pada 13 april 2011 bermakna,kami tiada kesempatan untuk menimbanG cahayamata kami bersama utk meneruskan waris Sharfan Che Soh & Nor Yusdiawati Yusof... YaAllah,semoGa Kau tempatkan arwah suamiku di kalanGan orG mukmin & beriman & semoGa rohnya tenanG di sana...aku memohon padaMu semoGa,aku dpt bertemu & masih laGi isteri kepada Sharfan bin Che Soh di syurGa nanti..insyaAllah....sayanG,setiap detik, saya rindukan awak...al-fatihah....

Friday, June 17, 2011

:: fadilat malam jumaat ::

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap. Sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur. Memandangkan waktu subuh masih lambat lagi, tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.

Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah dan sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.

Si pemuda kemudian menerang kan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya, dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda tersebut. Maka sedihlah si pemuda tersebut setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar dia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari ke sana ke mari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Mem ang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yan g diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid Jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada Hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan
merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas). "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)" "