Wednesday, October 31, 2012

:: Loghat Klate vs Loghat Kedah ::

Masih segar diingatan ni,'dia' slalu bgtau org2 disekeliling yg 'dia' tertipu dgn aku..bila plak aku tipu 'dia'???'Dia' ckp tertipu sbb 'dia' ingat aku org Kelantan atau paling tidak pun mak atau abah aku org Kelantan.. TIDAK sayang,darah Cik Siti Wan Kembang sket pun xde dlm diri ini..hehehe...nak kata aku peminat budu pun tidak...aku mmg xmkn budu..dlm nasi kerabu,kalo aku nmpk,aku memang akan ckp"xyah letak budu ye.."Tp,kalo dh siap bungkus,aku xtahu pun ada budu,xprasan pun rs budu..lgpun dh bercampur dgn tumis,sambal dsbnya...hehehehe
Lagi satu,aku akan kecek Klate dge oghe Klate jah..kalo jupa org Kedah,still akan kuar sleng Kedah aku..tp,ada jgk kwn2 Kedah aku bgtau,bila aku ckp wpun dlm loghat Kedah,tp still ada sleng2 Klate..aik???aku rasa aku dh all out dh dgn loghat Kedah aku,tang mana bunyi Klate pn aku xtahu..sampai loni aku still pelik...hehehe...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 30, 2012

:: RENUNGAN : Pesan Roh Kepada Manusia ::


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Monday, October 29, 2012

:: WW : sgt merindui wajah ini ::

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 18, 2012

:: berDialog di pagi hari ::

Me : yang,bangun la...
Syg : awak pakai tudung dulu (sambil mata buka tgk saya)
Me : meta jah saya pkai tudung.awak bgnla,nnt awak nak minum la,nak uuh la..
Syg : awak buat air tak?
Me : siap dah.tunggu awak bgn jah
Syg : (sambil mengeliat,sambil kenat saya) awak ni kan,kalo berkaitan dge kijo awak,xleh nak kuca...

dan seperti biasa,setiap pagi aku akan membonceng dgn 'dia' utk ke opis.. miss that moments ...

Sayang,saya rindu awak sgt2...awak tau,dah lama saya x tgk gmbr awak lama2..wpun,gmbr awak ada di setiap gadjet saya : (
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

:: Kasi Chances ::

Alhamdulillah...
Errrmmmm...agak menyerabutkan kepala otak sejak 2 menjak ni..sbb dulu kepala ada 2,skrg 1 je..dulu aku xletak sgt dlm kepala..skrg kena letak sbb ada kaitan dgn aku...tp,aku nekad, aku xperlu lg menyembunyikan atau fikirkan lg org lain,baik aku jaga diri aku sendiri...so,kpd yg akan terasa apa yg aku akan spoke out lps ni,harap maklumla..cukup la selama ni aku simpan je,& 'dia' je tmpt aku meluahkan..so,bila 'dia' dh xde, aku kena fikirkan diri aku..xkan nk tgk org tindas kita kan??
Isu FB, kenapa bila kita tulis status without mention nama,tp,org akan terasa??Yuppp,,org yg terasa sbb dia mkn cili... Kalo xmkn cili dia xtrasa.. So,bila dia trasa,aku assume dia tahu situasi yg terjadi..benda xkan setel la kalo aku x take xtion aritu kan??sbb dia mmg tahu apa terjadi tp,demi kepentingan sndiri&x fkrkan org lain..just wat cm xde apa la...(Now,aku plak akan fkr diri sndiri)salah ke apa aku buat?apa aku nak tlis dlm fb aku ,hak aku,sapa sruh ko friend dgn aku?nak report dgn SKMM sbb aku delete status??silakan...yg agak melucukan,bila membuka pekung di dada?nape?sbb status yg ku letak tu di'private'kan cuma utk org berkaitan dgn sj utk dibaca..sbb?faham sndiri la..cara baik aku bg peluang,korang just senyap,ingat aku apa?so,bila ko dh hebohkan kt org lain,automatik org lain tahu..bagus la jgk..sbb bkn aku yg hebohkan kt org,ko yg hebohkan sndiri...
Tp,satu bermain difikiran aku?pelik jgk dgn manusia skrg ni,marah kn org lain sbb diri sndiri..bagus..ianya mencerminkan siapa diri anda sebenar...aku baru tahu skrg,menjadi kesalahan bila MINTA HUTANG... So,korang yg berhutang jgn risau la..tp,korang yg bg utang tu ingatlah,satu kesalahan bila anda cuba2 utk minta balik utang korang..&mungkin akan putus persaudaraan & org xkan tgur korang lg...pelik btol la...patutla dulu,ms aku jd pengutip utang kat bank,segelintir org marah2 bila kita kutip utang...errmmmm..,now,I know...
Ya,mayb salah aku sbb cara aku kutip utang dgn meluahkan kt FB,tp,apa lg cara aku,kalo call xjwp,msg xreply,hp OFF?ke nak aku kutip dpn pintu umah??bkn skali dua,aku bgtau aku nak pakai duit,tp,ko wat x endah ja..ko tau betapa sakit hati aku ms tu??duit aku bkn nak simpan bw ke MATI,tp aku nk pakai..aku ada plan aku sendiri..xkan aku nk cite 1 per 1 kt ko??bygkan aku terpaksa tukar plan2 aku sbb org lain..&aku xkisah ko nak bercerita pd smua sedara mara ttg status aku kt fb..kalo nak minta tlg Mark Zuckerberg utk repost smula status aku tu pun aku TAK KISAH... Sekali fikir,respon diaorg tu umpama aku plak yg berhutang..
Dan di sini,aku katakan ckup lah lakonan2 yg dibuat utk menarik perhatian..dgn aku sndiri pun dh 2 lakonan yg membuatkan idup kami xmenentu..sanggup pg2 buta kami memikirkan apa terjadi..bg aku,mesti urgent kalo time cmtu.tp,bila kebenaran aku tahu,betapa seperti diperBODOHkan sdgkn smua itu palsu..ko,sanggup ganggu org lain time2 mcm tu&buatkan org lain xtenang sbb pentingkan diri ko sendiri..very good...so,now & soon,no more...apa sbnrnya yg xpuas ati?adakah sbb msg yg aku trima suatu ms dulu,xde respon dr aku??ckup bertuah aku x forward ke sedaramara termsuk psgan ko sndiri ,tp, aku msih simpan ye msg tersebut..&aku mmg xnak komen langsung ms ko msg tu sbb pelik nape harus tnya aku??tp,bila ko makin melampau,aku xteragak2 utk buat cara aku plak..semenjak 'dia' xde, makin melampau nampak gayanya..Kpd followers or silent readers kt luar sana,yg terbaca entry ini & rasa ada kaitan,aku mohon maaf,nak bgtau 1 dunia pn xpe,sbb ni je cara aku release all in my mind skrg...kalo org x usik aku, aku xkan sehangat ini..ingat,aku pn ada hati & perasaan.. Jgn mengharapkan org perlu ikut apa kehendak anda je & ingat! org laen pn ada mood..

P/s : sayang,kalo awak ada, tentu benda ni takkan terjadi..tp,ada hikmatnya smua ni terjadi..mayb,saya dh boleh luahkan apa kt dada selama ni kan??syg, saya minta maaf sbb saya makin melampau skrg ni..tp, utk diri sndiri xde hal la kan?? :) SIAPA MAKAN CILI , DIA LA RASA PEDASNYA!!! so, laen kali kena pilih org jgk la kalo nak berHUTANG kan??

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 16, 2012

:: Senasib ::

L-R : kak Pae & Fawwaz, aku & Maya (atau nama sebenar Humairah,anak kak Aziah) & kak Aziah & lil baby Imran

aku & kak Aziah & anak2 (Maya & Imran)

Last weekend,pertama kali aku naik komuter utk perjalanan yg agak jauh..ke manakah destinasi aku?Seremban..buat apa?aku ada tujuan,pertama,visit bapa sedara aku yg xcdnt & ke-2 visit sahabat baru yg senasib..xcely, kak Pae dh suggest nak visit kak Aziah ,tp,aku xde bg keputusan lg,then,mak aku plak call bgtau bapa sedara aku xcdnt..so,aku pun inform kak Pae kemungkinan dpt la aku bersama dia visit kak Aziah yg baru melahirkan bb ke-2..OMG,jauh jgk perjalanan aritu,amik masa 2jam utk aku sampai ke Seremban sbb ujan lebat,komuter plak berenti agak lama di beberapa stesen..
Bila sampai stesen Seremban,aku call kak Pae, ini pertemuan ke-2 aku dgn kak Pae..kak Pae ditemani putera puteri dia..yg bestnya perjalanan dgn kak Pae ni sbb dia mmg expert cari jalan.. :)
kami pun sampai ke destinasi yg dituju..bila sampai,kami disambut oleh bapa kak Aziah...bermula la pertemuan pertama kami & sesi temubual ttg kisah msg2..aku & kak Aziah mempunyai persamaan dari segi cara 'dia' meninggalkan kami iaitu eksiden..sperti aku,kak Aziah jgk bersama arwah semasa kejadian & keta yg kami naiki total lost..yg membezakan kami,kejadian aku mlm,kak Aziah siang hari,aku pengsan.kak Aziah sedar,aku dgn 'dia' aje,tapi kak Aziah bersama anak sulung dia,Maya & juga bb Imran yg baru 7 weeks dlm tummy...
Ibu2 sesi temubual,anak2 (anak kak Pae&kak Aziah je la..) plak sdg bermain...ibu kak Aziah juga ada skali..mulanya aku ingatkan kak Aziah ni lbh muda dr aku..agak2 muda sethn cmtu..rupanya tua setahun..aku pun xtahu nak bhskan kakak ke nama je..tp,kdg terdengar kak Aziah bahasakan diri dia akak.. :)
Seriusly,bila melihat keadaan kak Aziah,aku seolah2 melihat diri aku di situ..aku dpt rasakan apa yg kak Aziah rasakan cuma,dia ditemani putera-puteri dia..dr luaran,nmpk kak Aziah begitu tabah,malah puteri dia,Maya pun nampak sgt tabah..tp,jauh di lubuk hati dia,hanya Allah yg mengetahui...mak kak Aziah juga sgt peramah..mak&bapa kak Aziah dari Terengganu dtg menemani dia di Salak Tinggi..lbh krg kol4ptg kami pun beransur balik..aku minta tlg kak Pae drop aku kt Nilai je..so,kami lepak & makan2 kt dataran Nilai sementara aku tunggu maksu dtg jemput..dan anak kak Pae pun dpt main2 kat dataran...

P/s : Ya Allah Ya Tuhanku,hanya padaMu kami memohon,Kau tabahkanlah kami dlm meniti hari2 depan tanpa org yg kami sayangi..aminnn....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 15, 2012

:: Wordless : Special 4 u ::

Tadi,odw blik dr Nilai ke Selayang, aku singgah The Mall..eh,silap sudah tukar Sunway Putra Mall..alasan ke sana?ntah..tp,time tu aku sgt lapar..masuk je Mall,byk dh berubah dari hari ke hari.eh..tajuk Wordless tp,kuat jgok mekyusz bebel dih?? Layan je gambar tu la ek..Special for U, Nurul Shafiah from mamalo.. Gmbar 1st tu yg aku cuci,yg ke-2,antara gmbr yg akan diberi pada Pia... :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

::Wordless : Cukup-cukup sudah ::

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 11, 2012

:: yg mana 1?? ::

Sayang,2,3 ari lps,kak mesej pesan,kalo buleh mlm nnt call sbb pia nak kecek..saya pun call,sbnrnya saya lupa,sbb sy g lepak umah ciklah..tiba2 ada msg berbunyi "Mamalongtaliponkoadik" tgk gaya typing tu mcm pia taip sndiri,cuma mayb Mi dia tlg ejakan..saya pun call..mcm biasa la,pasti Pia akan pickup phone..bual2, tp xsdp la sbb dok umah ciklah,mcm bising sket la,sia anak2 ciklah nk tgk tv..kebetulan time tu ada rancangan Betul ke Bohong?? Mmg sakit perut kalo layan..tambah plak minggu ni ada Ieda moin yg kuat melatah tu..so,x consentrate sy bual dge Pia,sy ckp kt dia,saya call smula kol10.30 sbb nak bual dge Ciklah..sblm letak,ayat dia "ayang,amik sudu,I love u "... Lps layan cite,bual,kol 11.30 baru saya blik umah..saya pun try call Pia lg skali kot2 blum tido..SAH,dia blum tido sbb dia yg angkat phone...bual2 gtu la dge Pia,dia tnya sapo ada dumah,saya bgtau, mamalong,ayahlong,ayah dey...bila sebut ayahlong,dia mula "hek'eh"...lps abih bual,saya pun g dapur,tiba2 ada mesej dari kak berbunyi "Nanti blik kmpg,cuci gak gambr yus sorang ko,ngn pia n adkbrdk dia ko..pia oyk ni,rndu mama lo lg,kak kta rndu gpo ag muga kcek doh keh stni,dia oyk,xile ag rndu sb xnpak muka mama lo.kak kta keh tgk doh gmbr2 mama lo,dia kta,manenya,2 dlm lptop..hmm,kak pun bru trngt,gmbr yus dlm kertas xdop.xleh tgk la..cuci la sekeping v pia ni."
So,saya godek2 gambar lama,saya jupa gambar ni,plan nak cuci gambar ni la nk bg kt Pia...gmbr di edit sbb x menutup aurat :) tp,bg kat Pia xpe la kan?


P/s : syg, aritu saya ada 2 kpg gmbr ukuran passport awak,saya bg kt kakak 1,saya 1..1ari tu,kakak nk tunjuk ko sapo ntah,tiba2 ada cemar skit kt gmbr awak,kakak pun nak kesat,tp,kertas mengelupas,jd,bila dia kesat dge tisu,mulut awak ilang...punya la dia syg gmbr tu.. :) nnt la sy duplicate bg kt dia skpg :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

:: adakah terlalu AWAL?? ::

Sayang,awak jgn xcaye, arini,kol7.30pg saya dh g psr tau??gara2 mata xngantuk + kalo lewat xde moto...sblm ni pun beria jgk nk bgn awal g psr,sblm Idey pkai moto g jual...tp,mengantuk mengatasi segalanya,so, ayam fresh from Ayamas la jd pilihan...
Sayang,kalo dulu, kol7.30pg ni baru bermls2an atas katil...dah lama saya x masak ketam masak lemak cili padi..peberet awak & Ley...arini,saya beli ketam,plan nak msk ketam msk lemak la..tp,ikut mood la..
Sayang, td masa sy beli ikan,udang,sotong&ketam kt kdai biasa kita beli tu,tuan kdai tu tiba2 tnya sy,mcmn jual bln posa baru ni???aiyaaa...dia masih ingat saya rupanya..dia ckp dia ada lalu tapak psr ramadhan kita thn ni yg kt Campbell tu..saya tanya,nape x singgah?dia ckp org rmai sgt..so,dia tnya yg ari2 jual kt mana?sy bgtau la kt Masjid India,dia tnya sapa jaga?suami ke??OMG ,betol la apa yg bermain di fikiran saya td,dia xtahu apa yg dh terjadi..saya bgtau abg tu, 'dia' dah meninggal..patutla lama xnampak 'dia',kata abg tu.."saya pun dh jrg2 dtg beli kan?"balas saya..abg tu ckp,dia mmg perasan awak dh lama xdtg dgn saya wpun ms awak ada,jrg2 jgk awak temankan saya g beli...abg tu ckp,dia mmg nak tnya saya ttg awak,tp takut nnt ckp menyibuk plak..abg tu minta maaf la sbb dia xtahu..rasanya abg tu xde la rapat sgt dgn kita kan?tp,dia tahu awak mmg xtive mencari peluang niaga...dia sndiri bgtau saya :(
Sayang...lagi 2ari genap 1tahun setengah awak kembali kpdNya,tp,masih ada yg blum tahu ttg pemergian awak...sayang,saya doakan awak damai di sana & tunggu saya di sana ye?InsyaAllah smoga kita masih suami isteri di sana...aminnnnn
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 10, 2012

:: WTN501 ::

Sayang, hajat dihati saya nak smula plat no Dina..tp,nampak gayanya xde rezeki..mula2, Mat (hsbnd T) msg bgtau kwn dia check, WTN501 dah ada org amik..
Saya xpuas ati sbb baru sthn lbh dh ada org amik?nape?apa kaitan dgn diaorg?apa specialnya WTN501?no tu kan dh pernah xcdnt?x takut ke?then,adik saya plak check..kebetulan la plop,nama Mat jgok...yuppp,SAH dah ada org amik.. Bdk tu dok bangsar..nama dia NOR NAIMAH BT MOHD NOR.menurut sumber yg boleh dipercayai,plat tu cuma diletakkan di moto EX5..maklumat baru td,plat tu interchange dgn plat lain..kemusykilan aku,kenapa?apa reason dia amik plat no tu??bila plak pihak insurance lelong plat no tu??pada sesapa yg kenal individu tersebut,sila maklumkan pd aku...
Adakah individu itu cuba amik kesempatan sbb tahu aku terlalu sygkan apa jua yg ada kaitan dgn arwah?atau dia dh tahu 1 day aku akan cuba dptkan plat no tu balik??so,dia bleh duit dgn plat no tu???HA,amik ko ,mcm2 andaian bermain dlm kpala aku...
Kenapa aku x amik sebelum ni?sbb aku rs sapa la yg nak amik no tu,dah la pernah xcdnt..pahtu plak,kalo aku amik,nak letak mana?bli keta lain?bw keta pun xpandai..lgpun biarla aku stabil dulu,dan byk harus aku plan..bak kata pepatah,ukur bj di badan sndiri..takut plak nnt amik keta,xmampu byr,xkan nk pinjam duit org nak byr keta sndiri kan?lgpun aku bknnya bekerja...byk bnda harus difikirkan...
Andai individu tersebut ada terbaca entry aku ni,sila la hubungi aku,byk persoalan bermain di fikiran aku ni...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

:: K O S O N G ::

Yess...cadar dah ditukar after more than 1 year aku keep it as HE still wt me...tu dia..pg2 buta ckp omputeh...
Ya...tempat tido 'dia' kosong seperti la hati ku sejak 'dia' tiada hingga ke saat ini...
Sayang,xcely, saya tido tmpt awak...saya amik alih tmpt awak..dgn harapan dpt mimpi2 indah bersama awak...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 5, 2012

:: Live via Astro On The Go ::

Syg, awak tahu x, apa sy buat skrg?errmmm...mlm ni mesti awak balik temankan saya kan??xcely,mata blum ngantuk,tp saya dh kt bilik dgn Ipad..belek punya belek channel xtahu nak tgk cite apa,tp sy terpandang UEFA Europa League kt Astro On The Go...wpun saya xminat bola,tp, saya buka jgk..sy buka Live Panathinaikosvs vs Tottenham.. Kedudukan skrg 1-1...channel lg 1 Neftci vs Inter dan Rosenborg vs Leverkusen...so,ada 3 channels tayangkan live EUFA...nape saya layan Ipad ??sbb kat luar,Epu&Fatah layan cite apa ntah..Idey dh tido sbb nnt kol4.30am dia kena g Greenwood sbb jersy yg awie anta akan sampai..
Kalo awak ada,mesti awak suka kan?dlm bilik pun leh layan bola..dahsyat kan??dulu awak plan nak letak tv dlm bilik,tp,saya ckp,nnt terbakar plak umah pokcik ni sbb plug pun terhad..
Bila sy sorang merasai teknologi ni,saya agak sedih sbb sy nak awak rasai bersama saya..sy suka bila awak bangga dgn teknologi pd masa kini..sbb tu bila ada org ckp saya jeles dgn kemewahan diaorg,saya nak gelak kuat2..sbb bg saya, utk apa kemewahan tanpa awak??kdg saya pelik & tanya diri saya sendiri, aku ke berhutang dgn dia?aku ke yg lambat byr utang?aku ke yg off hp sokmo bila org minta utang??kalo aku org yg berhutang itu,pasti logik jgk dia nak marahkan aku & xnak tegur.. manusia.. manusia.. Yg pasti, kebenaran akan terbongkar jgk...kdg nak gelak jgk bila lakonan demi lakonan yg mantoppp itu..script yg disusun rapi..ckupla tertipu dgn lakonan yg sblm ini,biar se'urgent mana pun,mmg aku takkan percaya lagi..MAAF...
Pic kt bwh ni snap live via Astro On-The Go... Sayang...comei gila gambar...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 4, 2012

:: Hatiku di Kinabalu ::

Sayang,td saya layan cite kt Astro tajuk Hatiku di Kinabalu..lakonan, Zul Arifin,Yana Shamsudin & Irma Hasmie..sayang,Irma Hasmie dh pkai tudung,lawa sgt..rupanya cite ni dh ditayangkan tahun lepas..tp,saya baru tgk arini..
Sayang,awak tahu apa yg suka ttg cite ni??cite ni mengisahkan Anuar (Zul Ariffin) terpaksa memilih antara cinta pertamanya,Qistina (Yana Shamsudin) yg koma selama 10 tahun dan isteri keduanya,Lara (Irma Hasmie) yg amat menyayanginya hingga sanggup bermadu...apa yg menarik perhatian saya,bukan sbb berMADU, tp,sbb Qistina yg koma 10 tahun..sbb saya mengharapkan ianya terjadi pada saya..alangkah bagusnya kalo saya koma,dan bila saya sedar,org pertama yg saya nampak bila sedar ialah awak...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

:: Bila Cikgu Masuk Suratkhabar ::

Syg,smlm bila sy belek2 fb, saya ternampak saing awak,cikgu awie upload gambar..awak tahu gambar apa?gambar dia masuk paper la sayang..dia msuk paper cite ttg muzik dia la..ingat lagi awak slalu bgtau cikgu awie pernah dpt anugerah peringkat antarabangsa..sy pun komen kt gambar dia,saya bgtau dia,kalo la awak ada,mesti awak bangga dgn dia& x abih2 cite ttg cikgu awie masuk paper..td,sy tgk,cikgu awie reply komen,sedih baca,cikgu awie ckp,dia pun bila dtg KL xtahu nak call sapa,dok bilik ja..sayang,bkn cikgu awie je ckp cmtu,Kamal pun ckp benda yg sama...teringat camne,awak minta sy temankan cikgu awie,wife&anak2 dia g KLCC & tgk wayang...
Sayang,kita pun masuk paper jgk..tp,kisah kita sedih..bkn cite gembira... :(

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

:: R I N D U ::

Ermmm...dlm xsedar, jam dh hampir kol5am...nmpknya tnggu subuh je la... Sayang, makin hari makin rindu pd awak..td,sy g Sogo..saya g kluarkan simpanan maut utk bankin ke Awie sbb saya minta tlg awie beli Jc..sayang,skrg jc baru tau??then,shopping brg2 dapur sket kt Sogo,mcm biasa la syg,sambil tunggu akak Linda Tupperware..saya order Tupperware dh lama cuma xsempat nk amik je..sy tlg akak Linda belikan,maklumla,kalo saya nk g beli sendiri xtahu bila kan??wpun saya ahli Tupperware,tp saya cuma beli utk diri sendiri ja :)
So,mlm ni saya kemas2 brg kt meja makan tu..meja makan tu kecik je, utk 4org..sayang yg pilih tu..sbb dah lama sy minta belikan meja makan..cuma saya xserius..bila saya agak serius,awak g beli sendiri,bila saya balik keja,tgk2 dah ada...sayang,awak tahu,separuh dari meja tu saya letak brg2,so,ruang utk letak makanan utk mkn,mmg terhad :) xpe la,lgpun sy sorg je kan?sayang,tgh2 kemas,saya bygkan kalo awak ada,awak akan kenat saya,sbb awak xsuka saya buat keja time awak ada kt umah..awak ckp,kalo awak ada kt umah,xyah la wat,awak nak bermanja..arggghhh..masih terngiang2 kata2 awak...syg,kasih,sayang,tingkah laku kita, bkn pura2,ianya jujur dari diri masing2..bkn sengaja nak wat manja2 dpn org,bkn sengaja nak tunjuk kemesraan dpn org...sayang,saya pasti,sapa yg kenal awak&saya, sapa yg rapat dgn kita tentu akan jeles dgn kemesraan kita...sayang,saya sayang awak sgt2...saya rindukan awak sangat2...byk benda nk bgtau awak,byk benda nk tunjuk kt awak,byk benda nak minta pendapat awak...
Sayang,tiba2 td saya rasa lapar,bila kt dapur,saya amik&pegang pinggang,tiba2 jatuh&pecah akibat licin..andainya awak ada&awak kt luar,tentu saya fkr bkn2 ttg awak...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone