Wednesday, July 18, 2012

:: Mana Hilangnya JUWITA? ::

mesti uols pun tahu cite ni kan? cite yg sdg hangat disiarkan di Astro Ria setiap Isnin bermula last week (9 Julai 2012).. pada mulanya aku hanya tertarik dgn barisan pelakon dia saja,tp, bila tgk 1st episod, aku dh jatuh cinta dgn cite ni..antara pelakon yg terlibat ialah Erra Fazira, Umi Aida, Lisa Surihani, Zaril Adzim dan beberapa pelakon lain..pd pendapat aku la, yg membuatkan aku tertarik utk terus follow cite ni sbb jln cite yg suspen, yg x terjangkal dek akal fikiran ni...hehehe... dan aku tahu, cite ni mayb adaptasi dr cite sebenar oleh salah seorang yg terlibat dlm kes ni.. bila aku dh jatuh cinta dgn cite ini, aku mula tertanya siapa pengarah ?? errm..siapa ye? rupa2nya pengarah cite ni ialah Datin Nur Aliah Lee.. (oh..dh Datin dia rupanya..hehehe)
Drama ni ada 15 episod.. risau ter'miss cite ni, so, aku dh set record utk bersiri.. hehehehe..itula keistimewaan Astro PVR..

Sinopsis Mana Hilangnya JUWITA ??

Mana Hilangnya Juwita? menceritakan tentang seorang gadis kampung bernama Anggun yang berusaha mencari adiknya yang hilang,Juwita sehingga sanggup datang ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dapat dihubungi.

Namun dalam perjalanan mencari adiknya, dia menemui pelbagai halangan sehingga membawa dirinya ke Balai Polis.

Setelah merasakan kesukaran tersebut, dia bertindak meminta pertolongan bekas kekasihnya Haider untuk menjejaki Juwita.

Pencarian Anggun secara tidak langsung telah meletakkan Anggun di dalam satu kelompok manusia penuh glamor, tetapi mampu membawa bahaya dan padah sekiranya dia tersilap langkah



Jangan lupa menonton Mana Hilangnya JUWITA setiap Isnin, 10 malam di Astro RIA...

2 comments:

  1. terbaik citer ni, len dari yang len kan! Neway selamat berpuasa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaah..teruja nk tgk..xsabar nk tunggu next episod kn?? :)

      Delete