Friday, November 23, 2012

:: Thanks ALLAH ::

Hari ni,agak awal aku ke Masjid India,sbb kebetulan aku mmg ada hal nk ke DBKL,jadi,sebelum ke DBKL,aku singgah dulu kt kedai..mmg agak awal sbb kedai2 lain masih ada yg belum buka lagi... sampai je kat kedai,alangkah HAPPY nya aku sbb aku ternampak wajah org yg sgt aku rindu ada kat kedai tgh baca paper...perasaan hepy aku masa tu,tak dpt aku gambarkan...Ya Allah! Betapa aku bersyukur padaMU saat itu kerana doa&harapan aku dimakbulkan..dan saat itu juga aku rasa amat lega dari segala masalah dunia ni...dgn hati yg berbunga2,aku terus meluru ke arah insan tersebut & aku pun mula bercerita apa yg aku buat selama ni sepanjang aku tak jumpa dgn dia..dia cuma menganggukkan kepala saja tanpa berkata2...time,aku juga rasakan bahawa semua masalah aku dah setel...memandangkan aku plan nak balik Kedah minggu dpn utk survey jersy kat Danok & bawa keta balik KL, jadi,dgn hati yg gumbira ini, aku nak ajak dia balik dgn aku dgn flight & balik ke KL smula dgn keta aku..betapa hati ini juga gembira utk bgtau aku beli keta lain...aku juga bersyukur sgt2 sbb aku diberi peluang ke-2 seperti dlm doa2 aku setiap hari....tapi,bila aku cuma nak bgtau dia, dia dah xde...hati mula gelisah...tiba2 terdengar bunyi alarm...argggghhhhh..rupanya aku cuma bermimpi..

Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta



Ya,insan yg aku rindu & dah lama xjupa tu ialah SHARPAN BIN CHE SOH ..

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

bila sedar je dari mimpi, rasa sgt sayang utk bgn,aku rasa ingin tido smula agar ada sambungan mimpi aku tadi...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...


Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU kerana menghadirkan 'dia' dlm mimpi aku smlm..

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti..
.

sesungguhnya dlm mimpi aku itu,kegembiraan yg xdpt aku gambarkan dgn kata2...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...


Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir..
.



P/S : sayang, selalu2lah muncul dlm mimpi saya...walaupun tak sepenuhnya rindu ini terubat,tp sekurang2 rindu utk menatap wajah awak sedikit terubat...smoga awak damai di sana.. Alfatihah....


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone










No comments:

Post a Comment