Wednesday, August 10, 2011

:: tazkirah ::


BANTUAN KITA UNTUK SI MATI

Soalan;

Salam, ustaz. suami saya baru meninggal sebulan yang lalu. Selain berdoa, apakah lagi perkara-perkara yang dapat saya lakukan untuk membantu arwah di alam barzakh? Sekian , terima kasih.

Jawapan;

a) Berdoa dan memohon ampun untuknya
b) Memberi infak dan bersedekah untuknya; termasuk infak jariah, wakaf dan sebagainya.
c) Berpuasa ganti untuknya atau membayar fidyah.
d) Melunasi hutangnya
e) Melakukan haji untuknya

Perkara di atas telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa ia akan sampai kepada si mati dan memberi manfaat kepadanya di alam barzakh jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh harap kepada Allah. Adapun membaca al-Quran dan berzikir untuk si mati, para ulamak berikhtilaf. Jumhur ulamak berpendapat; ia sampai kepada si mati terutama jika diikuti dengan berdoa selepasnya. Ada sebahagian ulamak berpendapat; ia tidak sampai.

Untuk tambahan, sila baca ulasan/jawapan saya sebelum ini;
1. Amalan untuk si arwah (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/amalan-untuk-si-arwah.html).
2. Qadha puasa dan fidyah untuk si mati (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/qadha-puasa-dan-fidyah-untuk-si-mati.html).
3. Amalan orang hidup untuk si mati (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/amalan-orang-hidup-untuk-orang-mati.html) dan (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/amalan-orang-hidup-untuk-si-mati.html).

Wallahu a’lam.





p/s : insyaAllah... demi rasa cinta & kasih saya, apa yg boleh disedekahkah utk awak & menjadi bekalan awak di sana, saya akan berusaha menunaikan ...insyaAllah sayang.... jgn risau, selagi saya waras, awak sentiasa di hati saya..bak kata awak pd saya dulu " mu xyah risau la...lepas jabat tgn tok kadi, nama mu, aku dh paku kt sini (sambil tunjuk kt dada dia).. tak boleh nk tanggal lagi....terima kasih sayanG..hadirmu banyak memberi pengajaran pada diri ini....

No comments:

Post a Comment