Wednesday, January 23, 2013

:: Resepi : Muffin Sweet Corn ::


Resepi muffin jagung ni dah lama aku simpan.. X silap aku,amik kt fb kak Zatushamam...10Q akak..saya share kt cni yer??
Alkisahnya,ms godek2 Ipad,aku ternampak resepi muffin ni yg aku simpan kt notes..bila tgk2 resepi,smuanya ada kat umah..termasuk sweet corn yg dh agak lama aku bli (plan asal nak wat puding jagung)..belek2 expired date lambat lagi,2014..so,apa lg..aku try la wat..wpun resepi kat sebelah,tp,1st trial tu,aku lupa letak telur..hahaha..rasa dah sedap,cuma x nampak cm muffin :) aku sedar aku terlupa letak telur pun time tgh rest lps belasah 3 biji muffin tu...
Kali ke-2 buat smlm,kononnya nak wat dlm bekas yg besar sket...I means,bkn cup muffins la..ha,dlm erti kata lain,loyang :) memandangkan sweet corn ada lg balance,ptg td aku pun buat projek muffin ke-3..kali ni baru la aku btol2 puas ati...so,aku share respi kat cni ye??Selamat mencuba !!!

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
* ayak ketiga2 bahan dan masukkan 1 sudu teh garam

Bahan B :
1 cawan sweet corn (aku main belasah ja..xde sukat2..konon nak rasa jagung tu lebih..hehehe)
1 cawan gula (aku kurang 3/4 ms 1st trial..tp,percubaan kali ke-3,aku masukkan 1/2 cawan je)
1 cawan minyak masak
1 biji telur

1)Kacau atau gaul bahan B hingga sebati
2)Masukkan bahan A ke dlm bahan B,kacau atau gaul hingga sebati
3)Panaskan pengukus
4)Masukkan adunan dlm muffin cup
5)Kukus selama lbh kurang 30 minit..boleh check dari semasa ke semasa :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment