Wednesday, January 23, 2013

:: Airmata Pertama 2013 ::

gambar ini la yg membuatkan airmata ini tewas di tahun 2013.. ;(
Sayang,
Saya ingat sy dh ckup kuat utk tempuhi smua ini..rupanya,blum 100% saya dpt menerima perginya awak di dunia ini...
Saya xtahu kenapa,lps subuh td,airmata ni mengalir dgn laju nya bila tgk gambar awak...bertambah sedih bila saya review fb awak.. Lg sedih bila scroll2 ke bawah,hingga sampai ke status date 13/4/2011...ucapan takziah yg di terima di fb membuatkan hati saya semakin pilu...
Bila tgk gambar awak,saya bertanya sendiri,nape awak tinggalkan saya?saya tahu ianya ketentuan dari Ilahi,tp,naluri saya masih blum dpt menerima sepenuhnya hakikat sebenar walaupun saya redha...tp,jauh di sudut hati saya,hanya Allah yg Maha Mengetahui...smoga saya trus diberi kesabaran dan ketabahan dariNya...
Mayb,bermulanya kesedihan saya akibat melayan drama Setia Hujung Nyawa sampai ke subuh...

"Tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau & tidak ada insan yg berdosa yg tidak mempunyai masa depan" - Setia Hujung Nyawa-

Begitu juga kita...masa silam awak,itu hak awak,dan begitu jua sebaliknya.....dan,skrg,masa silam msg2 menjadi sejarah dan rahsia...
Terima kasih sayang,kerana menerima saya seadanya..dan sesungguhnya saya menerima awak dgn sepenuh hati saya...
Andai masa boleh diputar,ingin sekali saya nyatakan pd awak, "awak adalah segalanya bg saya...saya cinta,saya sayang,saya rindu pd awak" *hugs...

P/s : sayang,maafkan saya andai airmata saya td,memberi kesan pd awak di sana..smoga awak damai di sana..alFatihah...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Salam akak. Moga Allah sentiasa merahmati arwah suami akak dan akak.

    Bila-bila akak free, tontonlah video ni ya. (Klik link di bawah). Moga terus kuat. :)

    http://www.youtube.com/watch?v=feShcZVFO7g

    ReplyDelete