Tuesday, July 2, 2013

:: Pengalaman Menguruskan Jenazah ::

" Alangkah beruntungnya si mati jika org yg menguruskan jasadnya ialah org terdekat dengannya. Suami memandikan isteri dan sebaliknya. Anak memandikan ibu bapa dan sebaliknya. Menguruskan jenazah sebenarnya sangat mudah."
Ustaz Muhammad Luqman Makhtar
(sumber : Majalah al-Ustaz isu no.14)  


Secara jujurnya, aku mmg xde pengalaman dlm menguruskan jenazah. selama 32 tahun aku hidup di dunia ni, antara insan tersayang yg pergi tinggalkan aku ialah suami tersayang, Sharpan Che Soh, ibu mertua aku, Maznah Deraman, nenek sebelah mak aku, Sadariah Ahmad dan datuk sebelah abah aku, Ibrahim Mat.. xcely, ada beberapa org lg insan yg rapat dgn aku, tetapi, 4 org yg aku sebutkan itu, ialah mereka2 yg aku saksikan sendiri jenazah sebelum dikapankan. datuk aku meninggal ketika aku darjah 4, iaitu pada 14 Februari 1990.. so, xde apa yg dpt aku lakukan kecuali menatap wajah datuk aku buat kali terakhir diiringi tangisan (tu pun sbb tgk org lain nangis..) diikuti dengan insan yg dijodohkan utk aku (semoga jodoh ini berkekalan hingga ke Jannah..aminn..)iaitu suami aku,insan plg aku syg di dunia ini...13 April 2011, aku ditinggalkan buat selamanya..jenazah diuruskan oleh pihak hospital Gua Musang...aku cuma dpt menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum dikebumikan & aku mendesak ahli kuarge membuka kain kapan buat terakhir kalinya.. kehilangan 'dia' amat memberi kesan & tamparan yg hebat dlm hidup aku hingga kini..i miss him so much.. 3 April 2013, nenek sebelah mak aku plak pergi buat selamanya.. jenazah diuruskan oleh yg lebih berpengalaman, tp, aku sempat melihat bagaimana jenazah dimandikan, dikapankan sehingga dikebumikan.. lbh kurang 2 tahun sebulan selepas perginya anak sulung, mak mertua aku plak meninggalkan kami semua bersemadi di sana, di alam yg abadi..Ma pergi tinggalkan kami pada 20 Mei 2013.. sehari sebelum hari lahir aku yg ke-32.. 
Dalam pengurusan jenazah Ma, aku dpt pengalaman yg xpernah aku lalui.. secara jujurnya, mlm tersebutlah pertama kalinya aku naik van jenazah bersama adik ipar aku,Na manakala adik2 yg lain menguruskan hal2 lain yg berkaitan, termasuklah inform smua ahli kuarga terdekat, kemas rumah yg ditinggalkan selama 15ari sbb smua berkampung di HUSM, Kubang Kerian..Pada malam tu, kami adik beradik bergilir2 membaca Yaasin & al-Quran..mujo ada jiran2 yg byk membantu sbb masing2 dari kami xpernah hadapi situasi getir begini..byk yg kami pelajari atas semua ini.. selepas subuh, aku ditugaskan membeli brg2 memasak utk dimakan pd siang hari itu... lps balik beli, aku tgk dah ramai sanak saudara,jiran2 yg dtg menziarahi jenazah..dan pagi tu jgk, keluarga aku dr Kedah selamat sampai..mereka bertolak dlm pukul 12tgh mlm tu jgk slps aku maklumkan Ma dah meninggal..time menyambut mak aku sampai tu, sebenarnya aku kawal emosi aku, automatik bila tgk mak aku sedih teringatkan Ma sbb kali ni, mak aku dtg ke Kelantan tanpa disambut oleh Ma.. 
Pengalaman yg plg berharga bg kami ialah apabila kami seramai 5 org (anak perempuan & menantu perempuan Ma) meriba jenazah Ma utk dimandikan.. mlm tu, kami dah sepakat setuju utk meriba Ma.. sebenarnya, aku sendiri belum pernah tgk atau rasai sendiri meriba jenazah utk dimandikan.. alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..pada zaman skrg, biasanya urusan mandikan jenazah dilepaskan bulat2 kpd pemandi jenazah atau kalo meninggal di hospital,biasanya hospital akan uruskan smuanya.. berbanding semasa jenazah 'dia' , andaikata hendak dimandikan di rumah, tentu lambat utk urusan pengkebumian sbb GM-Kedai Mulong amik masa lbh kurang 3jam..lps semua ahli keluarga mengucup jenazah Ma buat kali terakhir, jenazah dibawa utk dikebumikan.. jenazah Ma disemadikan bersebelahan dgn pusara anak sulungnya iaitu suami aku yg tercinta...semoga mereka aman & damai di sana..  

biasanya ni la tempat yg digunakan utk mandikan jenazah

No comments:

Post a Comment