Saturday, December 24, 2011

:: kronologi 2011 ::

Feb 2011 - aku & 'dia' balik ke Kedah buat kali terakhir utk 'dia'.

9 April 2011 - aku & 'dia' balik ke Klate bersama buat kali terakhir.

12 April 2011 - pertama kali & terakhir kali aku & 'dia' menjemput Pia kt Tadika naik moto...(beria2 aku nk ikut jugak 'dia' masa tu)


13 April 2011 - 'dia' meninggalkan aku buat SELAMANYA.Al-Fatihah sayangku..semoga awak
damai di sana...


22 Mei 2011 - besday aku ke-30 tanpa 'dia' & genap 40ari 'dia ' meninggalkan aku

1 Jun 2011 - Hepi Besday sayanG... tahun ni, hanya doa & Al-Fatihah dpt saya hadiahkan pada awak..dgn harapan awak damai di sana bersama 'zuriat' kita..

14 Julai 2011 - lahirnya anak buah kita yg ke-7, Nurul Batrisya.. sayangnya, Batrisya xsempat kenal ayah long... suatu ari nnt bila Batrisya sudah besar, akan saya ceritakan ttg ayah long yg pergi sebelum mengenalinya...dpt saya bygkan andai awak ada.....


21 Julai 2011 - majlis cukur jambul Batrisya dibuat sama hari dengan 100hari 'dia' meninggalkan aku..
23 Ogos 2011 - berakhirlah eddah 4 bulan 10 hari...rinduku makin kuat terhadapmu, Sharpan Che Soh...

31 Ogos 2011 - Selamat Hari Raya AidilFitri & Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita ke-4 .. sayang, saya belum puas menikmati alam berumahtangga dgn awak..byk saya pelajari ttg kehidupan & kekeluargaan dgn awak.. sayang, tahun ni saya masih beraya dgn awak walaupun awak di alam lain, saya tahu awak tentu tersenyum bila melihat saya & ma sama2 berterawikh & solat raya bersama.. awak tau?tentu awak tau...abahla org pertama melawat pusara awak...saya & ma pergi kemudian sebelum menunaikan solat aidilfitri..maafkan saya sayang, andaikata awak bersedih di pagi raya disebabkan airmata saya yg mengalir tatkala bacaan yaasin dimulakan..MAAFKAN saya, sayang...



18/12/2011 - 'Fatimah' adik bongsu 'dia' juga pergi mengikut jejak langkah abg sulungnya..walaupun 'mereka' xsempat saling mengenali & tahu ttg kewujudan each others, semoga 'mereka' damai di sana.. 'Fatimah' dikebumikan bersebelahan pusara abg sulungnya...



" pergilah 2011... pergilah bersama kenangan pahit..tinggalkan aku kenangan TERINDAH bersamanya.."

2 comments:

  1. sedih...sedih...sedih... 2011 memang byk kenangan pahit buat kita kan.. yus... smga kita tabah... hugsss....

    ReplyDelete
  2. btol tu kak pae...kalo boleh xnak ada 2011..saya nak stay 2010..tp,apakan daya kita...kita cuma insan biasa...smua tu diluar kuasa kita...

    ReplyDelete