Monday, December 19, 2011

:: al-fatihah ::

al-fatihah... sayang, 13/4/2011 adalah tarikh hitam bagi diri saya...bukan sj saya,malah seluruh ahli keluarga kita sgt2 merasai pemergiaan awak.. saya tahu, org yg paling sedih adalah abah... walaupun abah tidak menunjukkan reaksinya di depan kitaorg semua,tp jauh di sudut hatinya, saya tahu abah sgt merasai kehilangan awak sebagai anak sulung dan harapan keluarga... sayang, mungkin masa hayat sayang, awak belum sempat tahu ada berita gembira iaitu kita bakal mempunyai 'adik baru' ... adik baru yg saya maksudkan adalah adik kepada Pikah.. kami semua membayangkana mcmana bila 'awak' tahu hal ni..tentu awak gembira jugak..abah juga insan paling gembira kerana dari sumber yg boleh dipercayai, bakal adik kita tu adalah lelaki... selepas ketiadaan awak, mungkin bg abah, adik baru yg bakal lahir nnt adalah anugerah yg Allah berikan untuk abah menggantikan 'awak' walaupun TIDAK mungkin dapat menggantikan awak,tetapi sekurang2nya dapat mengurangkan kesedihan abah...
18/12/2011 sepatutnya adalah hari gembira buat abah kerana bakal mendapat anak baru, akan tetapi sebaliknya apabila 'baby' tersebut disahkan terbelit tali pusat... madik & anak2 buah kita (kakak,kak ina & pia) baru je bertolak balik kelantan dgn Epu & Ide ...cuma Abelo je tertinggal sbb tak muat keta...saya pun tak dpt balik sekali.. cuma doa & bacaan al-Quran yg dapat saya sedekah istimewa utk awak, sayangku & adik bongsu awak yg xsempat awak kenali...menurut ma, jenazah akan diuruskan kat umah Binjal dan mungkinkah pusara adik bongsu awak akan ditempatkan di sebelah awak..
Ya Allah Kau berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga terutama abah atas apa yg berlaku.. 2011 menjadi tahun yg banyak kenangan pahit utk kami semua....al-fatihah utk sayang & adik bongsu (menurut Pikah andai baby tersebut lahir, dia nak namakan syafiq ilham)..semoga kalian tenang bersemadi di sana... aminn....

5 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah yus..

    ReplyDelete
  2. Yus.... yeke hk aku dengar ni. Takziah buat family korunk. Sabar yer.

    ReplyDelete
  3. Semoga keluarga yusz tabah dan redha menerima ketentuan Ilahi.Semoga mereka yg pergi tenang dan aman di SANA.

    ReplyDelete
  4. Elly,fieza & zuliana : thanx... Baby yg meninggal tu pompuan....

    ReplyDelete
  5. Takziah utk keluarga Yusz....semoga Yusz dan keluarga tabah hadpi semua ni...

    ReplyDelete