Wednesday, January 4, 2012

:: Dunhill Custom ::

Sayang, ingat x last year awak sruh saya belikan perfume??? puas sy survey, last2 Dunhill jgk sy pilih..tp, nak pilih tu satu hal.. yg paling latest ms tu Dunhill Black & 51.3.. Dunhill 51.3 dah bli.. diaorg ckp middle of 2011 baru kuar yg baru..so,sy rembat Dunhill Black je la.. antara best seller..tp, saya xsuka bau tu.. sebaliknya awak ckp awak suka..awak ckp apa yg saya bli,awak suka.. Dunhill Black tu dh jadi milik Epu... tp,saya ada sample dia..
Tadi, saya g Sogo, hajat nk bli body spray saya (teringat awak pesan, nk bli handbag atau perfume, JANGAN beli kt Sogo)..tp, diaorg ckp body spray xda.. saya g kt Escada sbb yg aritu bli kt Escada..bli skali dgn Dunhill Black awak tu... diaorg ckp tu last body spray yg ada. malas nk bli perfume sbb yg saya bli raya 2010 aritu xluak pun..saya round2 ctu, sy singgah kt Dunhill..latest skali Dunhill Custom.. mmg saya xbleh la nk tgk brg2 yg berkaitan dgn awak.. dlm hati," kalau la awak ada... "

syg, ni la dunhill custom..dunhill mmg plg sesuai dgn awak.. i like


ni yg terakhir saya belikan utk awak...


koleksi awak.. yg xde dlm ni Dunhill Black (sbb dh jd hakmilik Epu) & deodorant Dunhill Black..tertinggal kat Kedah...



p/s : syg, setiap barang awak sgt bernilai bg saya... maafkan saya kalo saya terlalu tamak memiliki brg awak..

Monday, January 2, 2012

:: ni btol2 mimpi ::

sayang, tadi saya btol2 mimpikan awak..tp,mcm xjelas je awak dlm mimpi tu..cm sekilas pandang je..awak xnak saya sedih2 ek??xpe awak, kalo awak muncul dlm mimpi saya, saya janji,saya xsedih2..saya mesti happy & bersemangat.. confirm syg... ..
"tersedar dari tido scara tiba2 bila phone berbunyi..arghhh..aku mimpi..mimpi 'dia' balik.. mimpi 'dia' belum meninggal...mimpi cmni la aku nk jdkn realiti...aku sgt gembira, then aku g msjd india bgtau rizal(bdk jual) esok, akak sruh 'abg' bw stok brg..aku bgtau 'abg' blum meninggal...dlm mimpi tu aku amat gembira & lega,lps ni aku xperlu fkr cmne nk tmbh stok sluar&jc,sbb 'dia' akan take over smula...br je nk cl kg,nk tnya&dptkn kepastian,jenazah sapa sbnrnya yg dikebumikn?tiba2 phone aku berbunyi..msg dr MAXIS remind utk renew caller RT..aargghh..xpuas jumpa 'dia' dlm mimpi td....syg,damaikah awak di sana?al-fatihah.. " 
p/s : yg, dtg lagi ek nnt dlm mimpi saya..saya tunggu...

:: Bermimpikah aku?? ::

aku rasa cam aku mimpi, aku kenal seorg lelaki yg pada mulanya aku krg yakin ttg keikhlasan dia utk memperisterikan aku... siapala aku berbanding dgn dia.. bg aku, dr 1st day aku tgk dia, dia seorg yg agak cerewet mencari pasangan..mesti nak yg cutting ala2 model.... tp, apa krgnya aku?? yupp...aku ada kekurangan dr segi ketinggian... :( tp,nk wat camne..tu smua kurniaan drNya... aku mimpi perjalanan hubungan kami sgt2 lancar.. penerimaan kedua2 belah kluarga sgt2 +ve.. aku bermimpi aku berkwin dgn dia.. perkahwinan kami aman damai .. gaduh2 manja tu adat la kn??cuma dlm mimpi aku tu, perkahwinan kami tidak dikurniakan zuriat... tp, dia sgt +ve.. mayb dia xnak aku stress sbb dl mimpi aku tu aku  dpt penyakit kencing manis di awal perkahwinan.. (mayb perkahwinan aku sgt manis, xsampai sethn kawin dh dpt kencing manis.. ) perjalanan idup kami agak ok, apa kami nak smua kami dpt kecuali zuriat..bg kami berdua, mayb kami  diuji olehNya dgn cara begitu..dr segi kewangan Alhamdulillah..apa aku nak, dia mmg akan belikan..cua kdg aku la,fkr benda xpenting xpayah la..tp, apa dia nak aku pun akan cuba dptkan utk dia..walaupun sebenarnya sumber kewangan majoriti dari dia..aku just sampingan..ala,brapa sgt gaji aku sbg clerk kt ambank tu..sedang kami melayari kebahagian dlm perkahwinan kami, kami diduga dgn ujian yg sgt berat..ecely bkn 'kami' tapi 'aku'... yaa...dlm mimpi aku itu, aku diuji dgn kehilangan 'dia' dgn sekelip mata dlm kejadian kemalangan jln raya...tp, dlm mimpi tu, aku terselamat.. kenapa jln mimpi aku mcm tu ek?? adakah aku masih bermimpi skrg ni?? adakah sebab aku sgt suka membaca novel Sharifah Abu Salem ,Tak Seindah Mimpi,  aku harap ending cite aku seperti novel beliau juga.. Tiada Lagi Mimpi....dan mayb jugak impian2 aku bersamanya seprti novel beliau Tak Semanis Impian...
Agak2nya bilakah mimpi aku akan berakhir??????

:: ENGGAN BERKAHWIN SEMULA SELEPAS KEMATIAN SUAMI ::


Soalan; ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Ustaz, saya telah kematian suami beberapa bulan yang lalu. Waktu itu saya mengandungkan anak sulung kami.  Mula-mula mendapat ujian ini, saya sangat bersedih kerana hilang tempat bergantung. Tetapi Alhamdulillah saya kini lebih tabah membesarkan anak perempuan. Saya tidak lupa untuk menyedekahkan surah yasin tiap-tiap malam kepada arwah suami sejak dia meninggal sampai hari ini. Semoga Allah merahmati rohnya. Saya ingin bertanya pandangan ustaz, bolehkah saya berniat untuk terus menjadi ibu tunggal kerana saya begitu menghormati suami. Saya selalu berdoa semoga jodoh kami bukan hanya di dunia, tetapi sampai ke akhirat. Saya redha dengan apa yang Allah tentukan untuk saya esok hari, tetapi saya takut adakah niat saya ini bererti saya menolak apa yang ditentukan oleh-Nya. Terima kasih ustaz.

Jawapan;

Syariat tidaklah menghalang seorang wanita yang kematian suami sama ada hendak berkahwin semula atau terus membujang. Ia terserah kepada wanita/isteri untuk memutuskan apa yang terbaik untuk dirinya dan anak-anaknya (jika ia mempunyai anak). Sebaik-baiknya ialah ia melakukan istikharah dan apa yang ditunjuki Allah untuknya itulah keputusan yang terbaik.

Ada beberapa faktor seorang wanita enggan berkahwin semula selepas kematian suaminya;

1. Kerana ingin menjaga masa depan anak-anaknya, yakni ia bimbang anak-anaknya akan terabai jika ia berkahwin semula di mana ia sibuk dengan suami baru dan tidak dapat memberi perhatian yang cukup kepada anak-anaknya. Atau mungkin juga sebaliknya iaitu ia bimbang kesibukan menjaga anak-anak akan menyebabkannya mengabaikan kewajipannya kepada suami barunya. Ummu Hani binti Abi Thalib setelah kematian suaminya, ia dilamar oleh Rasulullah -sallalahu alaihi wasallam-, namun ia menolak dengan memberi alasan; "Aku telah tua dan pada masa yang sama aku mempunyai anak-anak" (Soheh Muslim, juz 16, kitab Fadhail as-Sahabah, Bab Min Fadhail Nisa' Quraiysh). Jadi ia khuatir jika berkahwin dengan Rasulullah, ia tidak dapat memberi perhatian kepada Rasulullah atau ia akan mengabaikan anak-anaknya, di tambah pula dengan keadaannya yang telah tua.

2. Kerana perasaan kasih yang mendalam terhadap suami yang meninggal dan merasakan suami yang pergi itu tiada galang gantinya. Apatahlagi terdapat hadis di mana Rasulullah bersabda; "Mana-mana wanita yang kematian suaminya, lalu ia berkahwin semula, maka ia (di akhirat) adalah milik suaminya yang terakhir". (HR Imam at-Thabrani dan Abu Ya'la dari Abu Dardak). Ummu Dardak setelah kematian Abu Dardak, beliau dipinang oleh Muawiyah bin Abu Sufyan. Ia menolak dengan menjawab; Aku telah mendengar Abu Dardak semasa hayatnya menceritakan; Rasulullah bersabda; "Seorang wanita (di akhirat nanti) adalah milik suaminya yang terakhir". Aku tidak mahu sesiapapun menjadi pengganti Abu Dardak.
    
3. Kerana ada perjanjian untuk sehidup semati antara dia dan suaminya yang mati. Berkata Syeikh Athiyah Saqar dalam fatwanya; "Jika ada perjanjian antara beliau (yakni isteri) dengan suami untuk tidak berkahwin lain selepas kematian suami, harus ia menahan diri dari berkahwin jika tidak dikhuatiri menimbulkan fitnah pada diri. Namun jika ia khuatir akan menimbulkan fitnah, tidak wajib ia berpegang dengan janji itu dan hendaklah ia berkahwin. Diceritakan bahawa Nabi pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Mubasysyir. Ia menolak dengan berkata; "Aku telah berjanji dengan suamiku untuk tidak berkahwin lain selepas kematiannya". Nabi lalu membalas; "Janji itu tidaklah baik" (Zadul-Maad; 4/209, at-Targhib; 3/144). Umar bin Abdul-Aziz telah berkahwin dengan Ummu Hisham binti Abdullah bin Umar walaupun beliau (yakni Ummu Hisham) pernah bersumpah kepada suaminya bahawa ia tidak akan berkahwin lain setelah kematian suaminya.      

Contoh-contoh yang dibawa tadi ialah wanita-wanita yang enggan berkahwin semula. Adapun contoh wanita yang berkahwin semula ialah Ummu Salamah di mana setelah kematian suaminya Abu Salamah ia berkahwin semula iaitu dengan Nabi. Ia menceritakan;  Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; "Tidak ada seorang yang ditimpa satu musibah, lalu ia mengucapkan sebagaimana yang disuruh Allah iaitu 'Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun', kemudian ia berdoa; 'Ya Allah, kurniakanlah pahala untukku dari musibah ini dan berilah ganti untukku dengan yang lebih baik darinya' nescaya Allah akan memberi ganti dengan yang lebih baik dari musibah yang menimpanya". Berkata Ummu Salamah; Ketika kematian Abu Salamah, aku berkata; "Aku merasakan tidak ada di kalangan muslimin ini yang lebih baik dari Abu Salamah. Ahli rumah beliau adalah ahli rumah pertama yang berhijrah kepada Rasulullah. Dalam pada itu aku tetap membaca doa yang diajar Nabi tadi dan ternyata Allah menggantikan untukku seorang yang lebih baik dari Abu Salamah iaitu Rasulullah sendiri" (HR Imam Muslim).

Dari hadis ini kita dapat menyimpulkan tiga kesimpulan;
1. Berkahwin semula selepas kematian suami tidaklah dilarang agama
2. Jika selepas kematian suami seorang wanita mendapati datang meminangnya lelaki yang soleh, ada baiknya ia menerima jika tidak ada sebarang halangan, apatahlagi jika lelaki itu didapati lebih bertakwa dari suaminya yang meninggal.
3. Berserah kepada Allah dengan berdoa kepadaNya. Di antaranya dengan beristikharah sebelum membuat keputusan. Isrikharah boleh dengan berdoa sahaja dan yang terbaik ialah mengerjakan solat dua rakaat kemudian berdoa. (Sila rujuk cara mengerjakan solat istikharah dalam blog saya. Taip "istikharah" di bahagian search).

Jika seorang wanita yang solehah berkahwin lain selepas kematian suaminya, di akhirat nanti ia akan kembali kepada siapa?


Ada tiga pandangan dari ulamak;

Pandangan pertama; Ia akan kembali kepada suami yang terbaik akhlaknya ketika bersamanya di dunia. Ini berdalilkan hadis Anas yang menceritakan; Ummu Habibah (isteri Nabi) pernah bertanya Nabi; "Ya Rasulullah, seorang perempuan mempunyai dua suami di dunia (yakni berkahwin dua kali), kedua-duanya berhimpun bersamanya di dalam syurga. Milik siapakah dia; milik suami pertama atau suami terakhir?". Nabi menjawab; "Ia menjadi milik suaminya yang paling elok akhlaknya ketika bersamanya di dunia. Begitulah orang yang elok akhlaknya akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat". (Hadis ini terdapat dalam kitab at-Tazkirah, oleh Imam al-Qurthubi. Dalam rantaian sanad hadis ini terdapat dua perawi yang lemah iaitu; Abid bin Ishaq al-Attar (dianggap cukup lemah oleh ulamak penilai status perawi) dan Sinan bin Harun (lemah). Jadi, hadis ini di sisi ulamak hadis adalah dhaif jiddan).
    
Pandangan kedua; Ia akan kembali kepada suami yang terakhir. Pandangan ini berdalilkan sabda Nabi "Mana-mana wanita yang kematian suaminya, lalu ia berkahwin semula, maka ia (di akhirat) adalah milik suaminya yang terakhir". (HR Imam at-Thabrani dan Abu Ya'la dari Abu Dardak. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh. Lihat; Soheh al-Jami', hadis no. 2704).

Pandangan ketiga; Ia akan diberi hak oleh Allah untuk memilih mana satu dari mereka. Pandangan ini tidak mengemukakan sebarang hadis. Di antara ulamak yang memilih pandangan ini dalam fatwanya ialah Syeikh Ibnu Uthaimin.

Melihat kepada kekuatan dalil, pandangan yang paling kuat ialah pandangan kedua kerana ia bersandar kepada hadis soheh.

Tambahan;

1. Lelaki yang banyak isteri jika ia tidak menceraikan mana-mana dari mereka, semua mereka akan menjadi isterinya di akhirat. Jika ia menceraikan sebahagian mereka, isteri yang diceraikan itu tidak akan menjadi isterinya di akhirat jika ia berkahwin dengan lelaki lain, akan terapi menjadi isteri kepada suami terakhirnya (Fatawa ar-Ramli, 2/267).

Wallahu a'lam.




......sharing is caring.....

Sunday, January 1, 2012

:: HEPI..HEPI..HEPI NEW YEAR 2012 ::

Hepi New Year 2012.... errrm... ada apa dgn 2012 ek? noting kot.. rmai org mendoakan 2012 memberi sinar kebahagian yg baru.. BAHAGIA ke aku utk 2012 ni?? BAHAGIA ke aku tanpa 'dia'??mungkin ramai akan ckp "aku nmpk mekyusz tu ok je...alhamdulillah..mungkin dia dh dpt terima hakikat".. dan xmungkin jg akan berckp "aku nmpk mekyusz tu ok je..mcm xsedih pun...ala...mula2 je menangis, sedih..lama2 nnt lupa la dgn arwah tu.. " (positif ke x ayat tu ek??) kalo aku nk trima sbg +ve, positif la ia...tp,kalo aku anggap -ve, negative la jadinya..
Neway, to all my pren, i wish

"Hepi New Year 2012..hope your dream come true.."