Monday, January 13, 2020

:: TERINGAT TENTANG SI DIA ::

Percaya atau tidak, setiap kali aku drive balik kerja (sudah tentu malam), aku akan teringat ttg 'si dia'.. bila sampai tempat gelap, aku terbayang 'peristiwa pahit' itu.. aku tahu , itu  bahaya.. tp, ia dtg sendiri.. aku masih lagi ingat , 'dia'pernah bgtau aku(awal2 kenal), dia jrg drive, dia selalu duduk sebelah driver je.. tp,sbb aku, dia pulak jadi driver.. kalau ada adik2 dia dlm satu kereta, mmg 'dia' akan duduk sebelah driver je.. 
Now, aku dpt rasai perasaan 'si dia' , sbb aku sgt xsuka drive..😥😥 aku rasa bosan drive.. 😤 atau, memang anak sulung tak suka drive? 

Wednesday, January 8, 2020

:: Wang Tidak Dituntut (WTD) ::

Kisah ttg WTD ni sudah suam2 kuku.. bermula viral ttg wtd pada thn 2016/17 sejak ada org post ttg wtd dia yg amount agak banyak.. aku pun mengambil peluang check wtd aku & arwah di Menara Maybank..pada masa tu, wtd belum boleh disemak secara online.berbanding sekarang dah boleh check di laman https://egumis.anm.gov.my/ 
Utk login, mcm biasa kena daftar terlebih dahulu & hanya dibenarkan 2 carian sahaja dalam satu hari.. 
Cuma aku tak pasti samada data yg diberikan adalah data yg tepat atau tidak sebab waktu aku direct WTD di Menara Maybank check utk arwah, aku diberikan 3 sumber wtd arwah (maybank, alliance & bank rakyat).. aku kena isi form bon tanggungrugi bagi setiap bank & perlukan pengesahan drpd bank2 tersebut. Setiap bon kena mati setem dan bawa ke pesuruhjaya sumpah. Document yg aku perlu kemukakan kpd wtd ialah :
1) borang UMA7 - maklumat pemohon
2) salinan kad pengenalan
3) akaun aktif 
4) surat pengesahan
5) salinan sijil kematian
6) salinan sijil nikah
7) Bon 8 (setem hasil rm10, matikan setem & Pesuruhjaya sumpah)

Memandangkan byk tempat aku kena selesaikan, so borang WTD tu terbengkalai mcm tu sampai ke hari ni.

                                 UMA8

CONTOH PENGESAHAN JUMLAH OLEH WTD

                                 UMA 7