Monday, August 8, 2011

:: aku insan terpilih ::

masih terngiang2 di telinga & tergambar di kotak fikiran aku ini kejadian pada 13/4/2011 yg meragut nyawa insan aku aku paling sayangi di dunia ini... aku tak tahu kenapakah aku salah seorang hambaNya yg dipilih untuk diuji?? adakah aku punyai kekuatan mental? sebelum ni aku ada luahkan pada adik ipar aku betapa aku rindukan si dia,betapa aku rindu nk g jln2... balas adik ipar aku, " kyusz ajakla asha ko Ide bw kyusz g mana kyusz nak g.." tapi,sebenarnya aku rindu nk bersama si dia... kadang2 aku terfikir, dlm sebulan hanya 2,3 kali sahaja air mata ni gugur bila teringatkan si dia... kenapa? adakah Allah telah tarik air mata aku & keraskan hati ini supaya aku dpt harungi hidup ini setelah si dia tiada??? adakah ini bermakna Allah menguji aku dgn ujian yg berat ini sebab Dia tahu aku mampu melaluinya??dapatkah aku?? bak kata adik ipar aku, Allah ambik si dia terlebih dahulu salah satu sebabnya sudah mmg ajal dia & Allah mmg tahu andai aku yg pergi dulu, mungkin si dia tak mampu utk menempuhi kehidupan ini tanpa aku... sewaktu dok saja2, gaduh2 manja, kadang aku saja sakat si dia dgn berkata " biar la aku mati " . si dia akan jawap " yang, mu jge mati dulu, kalo mu mati dulu sapa nak tolong aku... aku naik sbb mu... kalo mu mati, aku tak tahu la mcmana aku nanti"... aku masih ingat kata2 tu... mungkin sbb itu la si dia pergi dulu...tapi,macamana dgn aku?? aku terlalu rindukan saat bersama dgn si dia.. 
sekarang bila aku kembali ke Kedah, aku melalui kehidupan di sini, aku terasa seumpama kehidupan aku ini seperti kehidupan aku zaman bujang bila balik ke Kedah... kekuatan aku sekarang adalah keranaNya & disamping keluarga aku juga family mertua aku... kdg2 aku rasa kehidupan & kenangan manis aku dgn si dia seumpama mimpi.... aku terfikir adakah kenangan itu adalah kehidupan aku di masa akan datang? di masa akan datang aku akan bertemu insan bernama Sharpan bin Che Soh dan kami akan hidup bahagia seperti mimpi aku??aku harap sangat kenangan indah itu cuma mimpi & akan menjadi realiti tidak lama lagi..... 

Sunday, August 7, 2011

:: burunG hantu putih ::

Aku tak tahu apa sebenarnya kaitan burung hantu putih dgn si dia.. Tapi,sebelum pose baru ni,masa tu aku kt dlm bilik kt umah mak mertua aku...pagi tu aku terdengar suara adik ipar aku berborak dgn mak mertua aku & kalo tak silap aku sekali dgn kak Sharfani.. Aku terdengar cite dari awie lebih kurang begini cite nya...cite ni kalo tak silap aku berlaku pada hari ahad 9/4/2011 iaitu beberapa hari sebelum kejadian...aku tak pasti adakah aku benar2 dgr atau aku mimpi..tp,rasanya mmg aku tak bermimpi...
Pada mlm sebelumnya,aku tido di rumah kak Sharfani kat kota bharu,arwah plak tido hotel sebelah umah kak Sharfani-Aleesya Hotel... Sbb kenapa dia tido hotel?jgn fikir kitaorg gaduh plak..no..no.. Mlm tu kitaorg anta kak Sharfani & anak2 balik umah sebab ahad tu anak2 sekolah.. Lepas anta,si dia kuar g jumpa kwn2 dia.. Pastu diaorg lepak kt Kopitiam sebelah Aleesya Hotel..sbb dh lewat mlm dgn tubuh yg letih, si dia berpakat dgn kwn2 dia check in kt Aleesya Hotel.... Si dia ada call aku dlm lewat mlm tu tanya aku nk tido mn?aku ckp tido umah kak Sharfani je la..si dia ckp kalo nk selesa & aircond mari la tido kt hotel tu...aku ckp xpe la lagipun aku tak nak la ganggu dia nk borak2 dgn kwn2 dia..esokkan harinya,hari Ahad, si dia bgn awal pagi..kira2 dlm pukul 9am..aku agak time tu sbb kak Sharfani baru balik anta piah g tadika...kak Sharfani ada tegur si dia " awal mu bangun".. Si dia jawap " ho la nak tgk la jugak bini aku , aku tinggal semalam..." lepas breakfast, aku tak ingat panggilan dari Ide atau T, bgtau mak mertua aku tak berapa segar..si dia dgn pantas ajak aku balik..kitaorg bergegas balik dgn kak Sharfani & odw kitaorg singgah amik Piah kt tadika..lucunya,pukul 9am Piah g tadika, pukul 10am dh balik...masa kitaorg nk bertolak balik,masa nk reverse keta,si dia rasa tak sedap dgn stereng keta,macam longgar, pastu brek x makan...bila sampai mah, si dia pesan kt Ide suruh bw keta check...pada hari itu jugak la si dia naik moto besar Aiman.. Dia pesan kt Ide sruh g check keta,tp,g asing2.. Si dia naik moto besar Aiman,Ide plak naik Caldina...rupanya pada hari tersebut, si dia ada call adik dia ,Awie tanya dok mana sbb Awie xde kt umah..si dia marah2 sbb Ma sakit,Awie plak xde kt umah..rupa2nya Awie demam & tido umah saing dia...berbalik kpd cite yg ak dgr Awie cite tu, odw Awie balik umah, nak masuk lorong,dia nmpk seekor burung hantu berwarna putih tgh2 lorong.. Hati dia dah xberapa sedap sbb biasanya burung hantu ni ada petanda buruk..lagipun dia baru dpt panggilan ttg Ma x brapa sihat... Lepas kejadian , baru Awie teringat hal burung hantu putih tersebut..




FAKTA TENTANG BURUNG HANTU :

1. Burung hantu adalah salah satu hewan paling setia karena hanya 1 kali kawin.


2. Burung Hantu ditemukan di semua benua kecuali Antartika.


3. Burung hantu betina lebih berat dan lebih besar dibandingkan dengan jantan dari jenis mereka.


4. Kebanyakan dapat memutarkan kepalanya tiga per empat lingkaran tanpa harus menggerakkan badannya.


5. Matanya tidak bergerak ketika melihat meskipun memiliki penglihatan binokuler seperti manusia.


6. Tidak dapat berkedip dan melirik ketika melihat mangsa. melainkan menggerakkan lehernya (kepala).


7. Mempunyai kelopak 3 kelopak mata : 1 untuk mengejapkan bila ada gangguan, 1 untuk tidur dan 1 untuk membersihkan mata.


8. Wajah mereka pipih seperti cakram dan berbulu, hal itu berguna untuk mengumpulkan dan memfokuskan gelombang bunyi sehingga mangsa tidak dapat melarikan diri.


9. Beberapa burung hantu memiliki ukuran tinggi daun telinga yang berbeda.


10. Aktif dimalam hari (nokturnal), kecuali beberapa jenis burung hantu yang seputih salju seperti hedwig burung hantu milik harry potter yang akif di siang hari.


11. Bulunya dirancang khusus untuk meredam bunyi agar dapat memfokuskan mangsa.


12. Burung hantu adalah pemangsa dan sangat membantu manusia dalam membasmi hama pengerat seperti tikus.


13. Hanya burung hantu jantan yang berwarna putih sempurna seperti Hedwig. Walau karakter hedwig adalah betina, kenyataannya ia burung hantu jantan.


14. Di Yunani kuno burung hantu adalah perlambang kebijaksanaan.

MITOS TENTANG BURUNG HANTU

Sarang terutama dibuat di lubang-lubang pohon, atau di antara pelepah daun bangsa palem. Beberapa jenis juga kerap memanfaatkan ruang-ruang pada bangunan, seperti di bawah atap atau lubang-lubang yang kosong. Bergantung pada jenisnya, bertelur antara satu hingga empat butir, kebanyakan berwarna putih atau putih berbercak.

Di Indonesia,burung hantu tak lepas dari berbagai mitos,dibeberapa daerah disebut burung penanda kematian,lantas bagaimana dengan mitos burung hantu di mancanegara?
Di luar negeri burung ini juga bernasib sama :

- Di India, suara burung hantu bisa jadi pertanda akan datangnya kematian. Namun, di negeri itu pula, burung hantu masih dianggap bermanfaat karena dapat menyembuhkan penyakit jantung.

- Sementara itu di Yunani lain lagi, kalau ada burung hantu yang terbang mengitari pasukan yang tengah berperang, maka pasukan itu dijamin bakal menang.

- Di Indian, burung hantu sebagai penolong dan melambangkan kebijaksanaan.

- Di Yunani,burung hantu yang terbang di atas barisan pasukan dianggap pelindung serdadu sekaligus pertanda kemenangan.

- Di Roma, burung hantu yang hinggap di sekitar rumah melambangkan kematian. kematian Julius Caesar, Augustus, Commodus Aurelius, dan Agrippa merupakan contoh kematian yang diawali hinggapnya burung hantu.

- Mimpi burung hantu juga sering didefinisikan adanya peristiwa kejahatan.

- Suku Indian mempercayai burung hantu symbol kematian.

- Di Roma, burung hantu dianggap sebagai jelmaan tukang sihir yang minum darah bayi.

- Di Inggris burung hantu justru dianggap membawa keberuntungan.

- Membunuh burung hantu dianggap mengundang petaka

- Bulu burung hantu yang ditaruh di samping bantal bayi akan membuat bayi cepet

Friday, August 5, 2011

:: wasiat buat isteri ::

email yG aku dpt ni dah lama sebenarnya..tp, td bila aku belek2 semula email2 aku aku tertarik dGn email ini...semoga email ini dpt memberi kita penGajaran ...

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan 
surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!



p/s : bertuahnya bila mendapat pengampunan dari seorang suami.. tapi,bagi aku, aku xsempat nak memohon maaf & halalkan makan minum aku sepanjang bergelar isteri kepada arwah... 

:: kenapa SHARP?? ::

sebenarnya aku dah plan since awal tahun ni nak beli peti sejuk baru...tapi,bkn kat umah aku..sbnrnya utk umah parents aku kt Kedah... cuma plan tu aku xsempat nak usulkan kt si dia..aku plan awal pose nak bgtau la..aku tau dia akan setuju sbb peti sejuk kt Kedah tu mmg penuh dgn barang...tapi,masih boleh pakai lagi tau...seingat aku peti tu sejak aku sekolah lagi dah ada & x tukar2...peti sejuk tu yg kecik je..yg 1 pintu je..brand??aah...brand apa ek yg tahan begitu lama ni..jap aku g tgk kt dapur...errm...Pensonic..lama jugak brand ni bertahan ye??..barang dulu2 mmg tahan lama...peti kat umah aku kt Selayang tu baru nk masuk 4thn, tapi, lampu dah problem...dah tak nyala.....tujuan aku nak peti sejuk baru tu sebab si dia suka air yg sejuk.. so,bila balik Kedah boleh la beli air2 fav si dia letak dlm peti sejuk baru..sbb yg lama,tempat letak air pun dh penuh,bkn penuh dgn air,tapi brg2 lain...mmg padat gila la...aku dh tak survey harga & brand,aku cuma survey model dia je... aku surveyla model utk 1 brand ni... aku berkenan plak dgn warna dia yg hitam menawan tu...harga pun under budget...so,aku suruh adik aku g beli brand & model yg aku nak tu la...brand apa?? jap aku cr pic..nak snap xde camera... " Plasmacluster...plasmacluster..hanya dari Sharp .. "


kenapa Sharp?? sapa boleh jawap?? kenapa aku tak survey brand lain?? 
sebabnya ialah Sharp ni mengingatkan aku pada si dia Sharpan..dia pernah tanya aku,kenapa dia suka brand Sharp?dulu2 aku manala tahu sbb nya,aku fikir mungkin Sharp ni ada keistimewaan dari segi pembuatan dia ke apa ke....dgn selamba si dia menjawap " Sharp tu kan shortform drpd Sharpan?? " dia ckp sbb tu la dulu 1st dia beli TV masa bujang2 dia beli jenama Sharp...lepas kawin pun bila tukar TV baru dia cari jenama Sharp juga...so,sekarang kalo aku balik Kedah pun si dia ada bersama aku..

Monday, August 1, 2011

:: ramadhan al mubarak ::

sayanG.. diam tak diam ramadhan datanG laGi... tapi,ramadhan tahun ni amat berbeza dari tahun2 sebelum ni.. paGi tadi saya bGn sahur pkul 4.45am.. hari pertama pose tanpa awak,saya berpose di umah sewa kita sendiri...semalam ciklah dh pesan suruh bersahur kt umah dia..mulanya saya plan suruh acik dtg umah amik saya & lisa bersahur kt umah ciklah..tp,bila acik dtG,saya rasa tak larat nk g umah ciklah..so,saya minta tlG acik beli je la makanan utk bersahur..awak tahu saya sahur apa?? sedih... saya bersahur dGn mee gorenG.. belikan lisa nasi gorenG kampunG.. munGkin orG yG masak tu pun nGantuk...xsedap la makanan yG dibeli tu..sian lisa..arini dh la sekolah... bayanGkan kalo awak ada, tentu awak aGak sibuk di Jln TAR, balik pun maybe time saya nk bersahur,odw balik,awak mesti tanya saya,nak makan apa?awak mesti cari tempat jual makanan yG sedap2...argghhh...indahnya bersama awak.....bila inGatkan hal2 berkaitan dGn awak,hati saya terasa pedih & sebak... sayanG, semalam saya g umah Abg Indera Jln TAR amik duit kutu pasar malam... mulanya saya plan minta tlG seseorG tlG amikkan..tapi,ntah camne hati saya berubah,melalui Rizal,saya bercakap sendiri dGn Abg Indera,dia cadangkan saya g amik sendiri kt umah dia...so,saya setuju je la sbb lps dpt duit tu,saya terus bankin..ada something happen actually.ada orG nak pinjam duit kutu kita tu..tapi,menurut kata orG yG saya minta tlG tu,yG nak pakai duit tu bukan dia,tapi sainG dia...sainG dia yG awak pun kenal..saya pun kenal sGt.tapi,memandanGkan byk laGi planing saya,nak byr duit keta,nak beli brG dll...saya bGtau la saya nk pakai duit tu..mmG baranG yG saya nak beli tu, saya dh pun beli..kalo awak ada,mesti awak pun xcited dGn brG baru ni..Ya Allah,rindunya saya pada awak...sayanG,semoGa Allah lindunGi saya & kuatkan hari2 saya tanpa awak...semalam saya kira stok barang yG Kakja anta..saya dh asinGkan ikut pattern..lepas ni snG nk minta tlG sapa2 bawa kt Rizal....semoGa semuanya berjalan lancar tahun ni walaupun tanpa awak....