Sunday, March 22, 2020

:: Covid 19 ::


Satu dunia sekarang tgh terkesan dgn wabak virus Covid 19.. Malaysia tidak terkecuali..sehinggakan kerajaan terpaksa mengumumkan perintah kawalan pergerakan  bermula 18 March 2020 sehingga 31 March 2020. Memandangkan 18hb mmg jatuh aku punya restday so tak kisah sgtla.. tapi, that day aku 'terpaksa' jgk keluar utk ke klinik kesihatan Kodiang utk ambil stock ubat..mmg perasaan time atas jln raya tu lain maciamm..terasa mcm bulan posa la pulak.. odw p klinik singgah pejabat pos kodiang utk pos hand sanitizer ke Felda Nitar.pejabat pos lengang..xda org.. sempat beli cendol 2 bungkuih dpn pjbt pos Kodiang (stock utk minum petang kononnya)
Allahuakhbar.. musibah yg diturunkan dibumi ini pasti bersebab.. sepanjang hidup aku selama hampir 39 tahun di muka bumi, ini adalah musibah paling terkesan sehinggakan pergerakan terhad.. tp, aku nampak ini adalah hikmahnya aku balik ke kampung for good. Alhamdulillah.. tak dpt aku bygkan andaikata aku masih di Selayang & aku terpaksa duduk di rumah sewa sorang2.. allahuakhbar.. betapa berungtungnya 'si dia' sbb tak perlu lalui semua ini..bila fkrkan balik,kaji ttg musibah yg diturunkan ni, aku terasa kiamat semakin dkt & bila2 masa saja.. betapa sedih & pilu bila masjid2 & surau2 sunyi tanpa azan..tp, kat kampung ni alhamdulillah, azan masih berkumandang cuma tiada jemaah bagi mengelakkan perhimpunan.. 
Aku pun dlm situasi stanby bila2 masa kalau kedai buka, so kena start kerja mcm biasa.. terasa masa amat mencemburui bila kembali bekerja ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

Monday, January 13, 2020

:: TERINGAT TENTANG SI DIA ::

Percaya atau tidak, setiap kali aku drive balik kerja (sudah tentu malam), aku akan teringat ttg 'si dia'.. bila sampai tempat gelap, aku terbayang 'peristiwa pahit' itu.. aku tahu , itu  bahaya.. tp, ia dtg sendiri.. aku masih lagi ingat , 'dia'pernah bgtau aku(awal2 kenal), dia jrg drive, dia selalu duduk sebelah driver je.. tp,sbb aku, dia pulak jadi driver.. kalau ada adik2 dia dlm satu kereta, mmg 'dia' akan duduk sebelah driver je.. 
Now, aku dpt rasai perasaan 'si dia' , sbb aku sgt xsuka drive..๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ aku rasa bosan drive.. ๐Ÿ˜ค atau, memang anak sulung tak suka drive? 

Wednesday, January 8, 2020

:: Wang Tidak Dituntut (WTD) ::

Kisah ttg WTD ni sudah suam2 kuku.. bermula viral ttg wtd pada thn 2016/17 sejak ada org post ttg wtd dia yg amount agak banyak.. aku pun mengambil peluang check wtd aku & arwah di Menara Maybank..pada masa tu, wtd belum boleh disemak secara online.berbanding sekarang dah boleh check di laman https://egumis.anm.gov.my/ 
Utk login, mcm biasa kena daftar terlebih dahulu & hanya dibenarkan 2 carian sahaja dalam satu hari.. 
Cuma aku tak pasti samada data yg diberikan adalah data yg tepat atau tidak sebab waktu aku direct WTD di Menara Maybank check utk arwah, aku diberikan 3 sumber wtd arwah (maybank, alliance & bank rakyat).. aku kena isi form bon tanggungrugi bagi setiap bank & perlukan pengesahan drpd bank2 tersebut. Setiap bon kena mati setem dan bawa ke pesuruhjaya sumpah. Document yg aku perlu kemukakan kpd wtd ialah :
1) borang UMA7 - maklumat pemohon
2) salinan kad pengenalan
3) akaun aktif 
4) surat pengesahan
5) salinan sijil kematian
6) salinan sijil nikah
7) Bon 8 (setem hasil rm10, matikan setem & Pesuruhjaya sumpah)

Memandangkan byk tempat aku kena selesaikan, so borang WTD tu terbengkalai mcm tu sampai ke hari ni.

                                 UMA8

CONTOH PENGESAHAN JUMLAH OLEH WTD

                                 UMA 7


Friday, December 13, 2019

:: Finally, aku dah boleh drive ::

Actually, aku tak tahu nak start macam mana dan dari mana.. kisah belajar bawa kereta ni dah lama sebenarnya.. lepas aku dapat lesen dulu memang aku tak pernah bawa kereta, aku pernah terfikir, alangkah bestnya kalau ada jual kereta yg ada brek kat sebelah penumpang mcm kereta kat sekolah memandu tu..
Arwah pernah ckp kat aku, andai kata dia sakit, sapa nak bawa dia pegi hospital? Jawapan aku? Hospital selayang dekat je, panggil teksi pun boleh.. then, arwah tanya lagi, kalau dia mati?? Ha, soalan ni aku xde jawapan..aku senyap je la.arwah pernah suruh aku try bawa kereta wira yg nak bawa g workshop, arwah ckp alang2 nak bw g workshop try je la drive, xkisahla langgar apa pun๐Ÿคฆ‍♀️
Plan nak start bawa kereta sendiri ni bermula bila aku dah balik duduk Kedah for good..mulanya aku fikir mcmn kalau ada customer #icelyKodiang nak order katering or utk event on weekdays.. kalau weekend, xpe la sbb adik2 aku cuti..kalau weekdays?? Tp, aku fkr tak boleh nak harapkan katering saja, aku kena cari tempat utk berniaga hari2..
Tanpa disangka, rezeki aku, dpt keja kat Alor Setar yg memerlukan aku ada transport utk ke sana ke sini. Bulan pertama aku tumpang adik pompuan aku sbb opis dia pun kat Alor Setar, tp kesian la sbb dia kena tunggu aku balik keja kadang2 sampai pukul 10mlm๐Ÿ˜” sementara menunggu WXM aku sampai ke Kedah, aku tumpang la adik aku.. kemuncak aku drive sendiri pada 4 Disember 2019.. sebelum tu aku drive odw blk kerja tapi adik aku ada kat sebelah(mesti hang mengucap dlm hati spjg jln..mesti hang rasa lambat nak sampai rumah,kan?)memandangkan date tu aku kena g visit outlet kat Changlun, & adik aku of cos keja & opis dia Alor Setar, mcmn ye? So, nak tak nak aku kena beranikan diri drive sendiri..
Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dhn selamat, cuma time balik aku sesat sbb jauh aku uturn & masuk jln 1 way + pasar malam.. mujo x gabra..biasanya aku akan nebes๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ p sejam, tapi balik jadi 2jam.. hahahaha.. balik aku ikut jln lain sbb jln yg sama aku p td,gelap & bengkang bengkok..
Hari ke2, memandangkan hari stock take, mmg semua pun balik lambat. Mak aku mmg xsenang duduk kat rumah..adik aku asyik msg tanya dah balik ka belum.. mak aku asyik tanya dia..odw blk, jumpa roadblock la pulak๐Ÿคฆ‍♀️๐Ÿคฆ‍♀️mujo i tak nebes.. sepanjang atas highway kuala perlis tu aku perasan kereta kat belakang aku slow, sdgkan aku pun dah slow, dlm hati aku pasai apa la kereta ni xmau potong aku?? Bila masuk jln Kodiang, aku mcm mensyaki kereta yg follow aku tu kereta adik aku.. ya, mmg betul.. hahahaha.. adik & mak aku eskot aku dr Changlun sampai ke rumah..
Hari ni, 12.12.19 genap 9 hari aku drive sendiri..setiap malam mak aku tunggu sampai aku dah sampai rumah baru dia masuk tido๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ & setiap hari bila dah sampai tempat kerja aku akan msg bgtau aku dah selamat sampai..๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Actually, aku nak big thanx kpd adik aku yg setia menemani & melayan kerenah aku sepanjang sebulan lebih hantar & ambik aku kerja.. & tak lupa jgk kpd LLN (u know who u're,rite?) dsbbkan opportunity yg diberikan, finally i boleh drive.. one of my big why i boleh drive..tq๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Sayang, alangkah excitednya saya nak bgtau awok, saya dah boleh drive.. masih terngiang2 lagi awal2 kawin awok bandingkan saya dgn org2 rapat dgn saya yg boleh drive..betapa sedihnya saya time tu.. saya ingat lagi, saya ckp kat awak " nape sebelum kawin awok xtanya dulu, awok boleh drive ke tak?kalau buleh drive baru awok nikoh"๐Ÿคจ awok oyaq "buke niat saya nak banding awok dge saim2 awok, tp nak bui awok semangat utk bawa keto" maafla , time tu mmg hilang mood saya ntah ke mana sbb saya mmg xsuka org banding2kan saya๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
Tp, skrg saya dah boleh drive, mesti awok bangga kan? Alangkah bahagianya saat ini kalau awok masih ada bersama saya..tp, saya pasti, andai awok masih ada, confirm saya takkan belajar bawa kereta sendiri kan? Perancangan Allah itu sebaik2 perancangan..
For those yg follow thefamilyUK ig, mesti selalu baca ttg Fatimah, betapa sedih nya dia bila kehilangan Mamajee & dia selalu wish that Allah send back her Mamajer just for 1 minute.. Yess, same feeling like me.. aku selalu berdoa dpt jumpa arwah walaupun sekejap sbb byk benda aku nak ceritakan kpd 'dia'.. a lot.. sometime sbb tak tertahan menanggung 'rasa' itu, sampai boleh jadi sakit dada menahan sebak itu.. alfatihah, sayang..tiada hari2 saya tanpa mengingatkan ttg awak..semoga awak ditempatkan dikalangan org beriman & para solihin..amin..amin.. Ya Robb..




Wednesday, December 11, 2019

:: welcome back mekyusz ::

Actually aku tak tahu nak start dari mana entry utk sekian lama tak aktif.. mayb, aku boleh mulakan dgn "i'm back to Kodiang for good๐Ÿ˜Š"
Selepas hampir 15 tahun berada di perantauan , selepas raya puasa hari tu aku dgn rasminya balik ke Kodiang buat selamanya, insyaallah.. mula2 balik ke Kedah hari tu , aku still berulang ke Kl & balik ke Kelantan.. lepas raya haji , anak buah arwah kawin, then bulan 9, sepupu2 arwah kawin(nnt aku buat entry khas utk 2019 punya weddingsssss)..
Aku ni mengantuk sgt dah tapi still excited nak updates entry.. 
See u soon my followers.. a lot of announcement yg nak aku ceritakan dlm entry aku ni... ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜