Monday, November 5, 2012

:: EKSPRESI DIRI ::

aku bkn seorg yg jiwang, aku jua bkn seorg yg pandai mengekpresikan perasaan utk menunjukkan perasaan sbnr aku...adakah ini satu kesalahan?YA, bg aku ianya satu kesalahan besar...kdg aku bertanya pd diri sndiri adakah perasaan yg aku rasai skrg satu kebencian atau sebaliknya?cth:sejak adik2 aku kecik, pd awal persekolahan mereka, aku slalu memikirkan, mcmn keadaan mereka nnt ketika beli mknan kt kantin..adakah akan dibuli?atau ada yg amik kesempatan..kerisauan aku mmg slalu terjadi...bila adik2 aku dh besar, bila mereka boleh bawa moto jauh dari umah, aku msih fkrkn andai ada apa2 terjadi...kalo bkn slh mereka pun, risau disbbkan slh org lain..tp, aku xpernah mengekpresikan kerisauan aku itu...kdg kerisauan aku tu ter'diekpresikan sbg kemarahan...cthnya, semalam slps mereka drop aku kt Slayang, mereka terus bergerak balik ke Kedah... cuaca plak hujan agak lebat,sekejap berenti, sekejap gerimis,sekejap lebat..blum pn smpai 1jam perjalanan, aku cuma msg bertanyakan keadaan....seperti biasa, fikiran aku mmg terlalu memikirkan bnda2 yg xsepatutnya aku fikirkan...adakah aku ni sukar utk berubah setelah apa yg telah berlaku?sepatutnya aku harus berubah.. bila dah berlaku sudah xde gunanya lagi..menangis air mata darah sekalipun xkan dpt mengubah takdir..
YA, aku menyesal sbb aku jarang mengekpresikan sayang & cintaku pada 'dia'.... tapi, tiada gunanya lagi..'dia' pergi xkan kembali.... sayang, andai diberi peluang kedua, ingin sekali saya ucapkan kata2 cinta saya pada awak pd setiap masa....Ya, saya mmg seorg yg EGO & degil...sayang, kehadiran awak dlm idup saya amat memberi 1001 makna dlm idup saya...wpun saya anak sulung seperti jua awak, tapi, saya mengaku, saya jrg menjalankan yanggunjawap sy sbg anak sulung dibandingkan dgn kwn2 sy yg jua anak sulung...mmg sblm2 ni pun ada juga bertanyakan saya anak ke brapa?bila saya katakan saya anak sulung, ramai yg terkejut kerana bg mereka saya seolah2 anak bongsu... sy xtahu di mana kretiria pd diri sy yg menunjukkan saya sbg anak bongus sbb saya bkn jenis manja...bila SAH kita sbg suami isteri saya rasa amat gembira sbb kalo apa2 terjadi dlm family saya, saya ada awak...jarak umo di antara kita yg agak jauh membuatkan saya amat bergantung pd awak... byk bnda dlm fikiran sy yg bermula dgn buah 'KALAU'... tp,smuanya terjawap dan saya yakin smuanya berjalan lancar dgn adanya awak.... 
sayang, jumaat baru ni saya ke UTHM utk konvokesyen Cekkana...masa tu, baru saya sedar & tahu tanggungjawap sbnr anak sulung..di usia 31 tahun bau saya sedar perasaan itu...sbb saya perlu fikir itu ini..cthnya, saya harus fikirkan direction jalan (walaupun ada gps,mls nak pakai),time tu sy mula membayangkan andai awak ada,sbb adanya awak, dgn sikap 'gemble' awak tu, smuanya mudah...walaupun slalu ada pertelagahan semasa mencari direction jalan,tp smuanya menjadi kenangan bg saya...
sayang, skrg saya sedar apa awak rasa sbg anak sulung & suami yg mencari rezeki utk si isteri...betapa besar,sukar & pelbagai permasalahan dan juga halangan awak lalui selama ini, kini saya dapat rasai..tp, terasa ralat sbb sekurang2ya dulu, awak ada saya utk diluahkan atau berkongsi pendapat..mcmn dgn saya skrg?dgn sapa saya harus berkongsi?sayang, mesti awak ingatkan saya pernah berkata, "kudrat org lelaki dgn kudrat perempuan ni beza...takkan saya nak bandingkan kudrat saya dgn kudrat awak?" maksud saya, saya rasa stress bila terpaksa memikirkan sesuatu permasalahan sdgkan awak cool je..saya tahu, saya nmpk je cool, tp deep inside saya faham... kenapa saya plak harus lebih memikir?sbb saya xboleh tahu kalo awak ada masalah, ada org sakiti awak, ada org menyusahkan awak, pendek kata, saya nak kita tanggung bersama2....
seperti saya katakan tadi,kdg2, benda2 cmtu membuatkan 'ia' diterjemahkan dgn situasi yg agak emosional....
sayang, i really miss u....smoga awak damai di sana..alFatihah..aminn......

Friday, November 2, 2012

:: Teringat Padamu ::

Sayang, 3 tahun lps, kita sama2 ke UTHM anta Cekkana sambung Degree.. Last year,sblm awak pergi tinggalkan saya,kita dh plan thn ni,kita akan g konvo Cekkana @UTHM then T@UTM.. Sayang,kini Cekkana dh grad,esok dia akan konvo... Now,sy odw ke Batu Pahat dgn abah,mak sarah & Mat..Cekkana g dulu sbb nak amik jubah.. Sayang,andai awak ada,dah tentu awak akan bersama kami...wpun,awak dh tinggalkan saya,tapi sy tetap membayangkan andai awak ada..insyaAllah kami akan singgah ke KulaiJaya dulu sbb abg Leh dh pindah ke Felda Bukit Besar..
Sayang,smlm sy dpt msg dari T bgtau mak ngoh Esoh pak ngoh awang dh kembali ke rahmatullah...destinasi yg sama yg smua kita akan sampai jua nnt..cuma awak sampai lebih awal...nape awak xbawa saya sekali??nape awak xtunggu saya??kan ke selama ni ke mana2 pun,awak akan bw saya?? :( sayang,lps dpt msg dari T,saya terfikir,andaikata ada emergency kt Klate atau Kedah,cmne saya nk balik?kalo waktu2 biasa okla,mayb flight jadi pilihan saya..tapi, andaikata berita diterima di tengah2 mlm?kena tunggu flight esok pg la ye?kalo ada keta sekalipun,sapa nak drive utk saya?kalo pun saya dh pandai drive,xkan saya sorang nk balik time2 cenggitu...maka,minda saya mula terfikirkan awak..andai awak ada....bak kata T,kita cuma berdoa agar dipermudahkan...aminnn....

P/s : sayang,smlm kak msg bgtau Pia masuk joget,yg saya nak suka tu,Pia jadi lelaki berpasangan dgn pompuan..cikgu makeup dia jd lelaki la..hehehe...dah tu,Pia dpt anugerah pelajar cemerlang Tadika dia...alangkah bestnya kalo awak ada..mesti awak kenat dia kan???
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 31, 2012

:: Loghat Klate vs Loghat Kedah ::

Masih segar diingatan ni,'dia' slalu bgtau org2 disekeliling yg 'dia' tertipu dgn aku..bila plak aku tipu 'dia'???'Dia' ckp tertipu sbb 'dia' ingat aku org Kelantan atau paling tidak pun mak atau abah aku org Kelantan.. TIDAK sayang,darah Cik Siti Wan Kembang sket pun xde dlm diri ini..hehehe...nak kata aku peminat budu pun tidak...aku mmg xmkn budu..dlm nasi kerabu,kalo aku nmpk,aku memang akan ckp"xyah letak budu ye.."Tp,kalo dh siap bungkus,aku xtahu pun ada budu,xprasan pun rs budu..lgpun dh bercampur dgn tumis,sambal dsbnya...hehehehe
Lagi satu,aku akan kecek Klate dge oghe Klate jah..kalo jupa org Kedah,still akan kuar sleng Kedah aku..tp,ada jgk kwn2 Kedah aku bgtau,bila aku ckp wpun dlm loghat Kedah,tp still ada sleng2 Klate..aik???aku rasa aku dh all out dh dgn loghat Kedah aku,tang mana bunyi Klate pn aku xtahu..sampai loni aku still pelik...hehehe...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 30, 2012

:: RENUNGAN : Pesan Roh Kepada Manusia ::


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.