Wednesday, June 29, 2011

:: bila si dia sudah tiada ::

sayanG,semalam saya g settlekan skim pencen awak kt Etiqa...rupanya saya kena g suruhanjaya sumpah sbb polisi awak ilanG (sedanGkan saya sendiri tak pernah tGk polisi awak,sbb awak join sblm kita kenal..) so,saya kena g sahkan kt suruhanjaya sumpah kt pejabat MARA.lepas tu g anta semula kt pjbt Etiqa...smua dah submit kecuali salinan IC awak...sbb IC awak ilanG masa hari kejadian..tp,saya submitkan sijil beranak awak la.yG saya geram sGt dlm report plak polis xde inform dompet awak ilanG...dia tnya,tp,dia x masukkan dpt report...byGkan masa g wat report keadaan masih blum pulih,rasa mcm darah naik kepala je masa tu..skrG pun masih terasa blakanG kepala ni kdG2 berdenyut2... mcm biasa, Ide yG bw...kebetulan ma adik kena g spital jugak check telinGa dia...ma pun g juGak,temankan ma adik... odw g,sinGGah mkn nasi lemak TC kt batu 2 (kalo xsilap la...)
arini, saya g anta salinan report polis kt cimb kota bharu auto finance..balik td sinGGah umah kak sbb ma pesan pisanG kirim kt kak...sayanG,dh xlama kita nk dpt anak sedara baru..alanGkah bestnya kalo saat ni awak ada bersama..saya xtahu apa perasaan sbnr saya skrG,yG pasti saya xsabar utk melihat kelahiran baru dlm family kita...tp,kdG2 timbul perasaan sedih sbb saya xpernah melalui saat2 tersebut..alanGkah bahaGianya kalo kita punyai zuriat bersama...
sayanG,masa kt umah kak tadi,kak ada bGtau,mlm semlm kak nmpk piah mcm xleh tido sGt...pG td dia mls nk g sekolah,then kak gaya2 dia,kak oyaq, kt dia " adik,mama lonG oyaq,mama lonG xsayanG kalo adik x g sekolah.." sambil anGGuk2 kepala dia pun bGn g sekolah..cerdik kn dia?saya xtahu apa dlm hati & fikiran dia..pG td juGak,peya bGtau kak, smlm  dia kecek dGn awak mlm tadi...katanya " kalo ayah lonG nk tido,ayah lonG tido la dulu..adik teman ayah lonG.."cerdik sunGGuh dia...seolah2 dia menGerti apa yG ada dlm perasaan orG yG lebih tua drpd dia...setiap kali saya terinGatkan awak,saya pasti terbayanG saat2 saya nak diturunkan dari ambulance kt umah ni...yG saya perasaan & inGat adalah wajah kak sambil mendukunG piah...bila saya terbayanG saat tersebut hati saya menjadi sayu...sayanG,saya rindukan awak....saya sayanGkan awak sepenuh jiwa saya...hanya sedekah al-fatihah,yaasin & ayat2 Quran dpt saya hadiahkan utk awak....sayanG, saya berdoa semoGa kita dapat bertemu di syurGa nanti...aminnn.....


Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Sunday, June 26, 2011

:: hilanG ::

ni aku nak bebel sket, sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada insan-insan yG menolonG aku & arwah suami aku semasa kami terlibat kemalanGan di jalan Gua musanG-kuala lipis pada 13/4/2011 yG lalu.. dlm kejadian sebegini masih ada rakyat kita yG amik kesempatan dlm kesusahan orG lain..semasa kejadian tersebut, aku kehilanGan iphone 3gs,nokia biasa,rantai leher, duit lebih krG rm250.00 & dompet duit arwah..yG aku kesalkan, pihak polis & hospital tak dapat hubungi waris kami gara-gara maklumat utk dihubunGi gaGal dikesan.. waris cuma dpt dihubunGi bila aku sedar dari penGsan lebih krG dlm pukul 7.00 am.. waktu tu aku terpaksa berdepan dGn mcm2 situasi.selepas aku sedar,mula2 sekali doc khabarkan pd aku ttG kematian arwah.. byGkan dlm keadaan mcmtu aku terpaksa menGinGati nombor2 waris utk dihubungi...ni la gara2 orG curi handphone..dari maklumat yG aku perolehi,adik ipar aku tahu siapa yG curi...orG tu siap bGtau laGi dlm beg baju aku ada laptop...maksudnya diaorG buka dulu sebelum polis bertuGas sampai..ye la,kalo diaorG amik laptop nmpk sGt sbb xleh nk sembunyikan..brG2 kecik leh masukkan dlm poket...tp,yG aku kesalkan,orG tu pun bekerja dGn kerajaan juGak cuma kebetulan dia nmpk kejadian dan bukan anggota bertuGas...manusia..manusia....
3gs yg arwah beli utk aku sblm bln pose thn 2010.. pic dlm tu hanya tinGGal kenanGan... 

hp ni masa ilanG xde sim card,tp nombor2 dlm tu yG pentinG :(


contoh sahaja <..>


edit sket sbb pic lama -nmpk aurat-

:: anak buah baru ::

yesss... xlama laGi aku nak dpt anak buah baru..anak buah baru ni dh lama aku nantikan sbb sejak aku kawin,belum ada kelahiran baby dlm family samada family aku atau arwah..so,bila dpt tahu kak cum mummy piah nGandunG, mmG aku & arwah menantikan saat baby dilahirkan.. dlm kepala otak aku,mesti nnt bila kak dh melahirkan baby,si dia akan ajak aku balik kampunG tGk baby baru..tp,syG sekali si dia xsempat melihat wajah baby... adakah baby ini bakal jadi penGGanti arwah?? adakah kelahiran baby baru ni akan menGGantikan arwah @ baby ini akan mewarisi sifat-sifat arwah?? rasa xsabar nk tGk baby baru yG dijanGka dilahirkan pada 13@14 julai nanti melalui ceasar... xsabar rasanya nak belikan baju2 baby.. patutla thn lepas masa bln pose aku terinGin sGt nk beli baju baby..semasa shoopinG kt Pavilion, aku belek2 baju2 baby,dlm hati aku berkata "cantiknya baju2 baby ni,kat sapa la aku nak belikan?"

Saturday, June 25, 2011

:: masih suami isteri di akhirat ?? ::


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

:: saat-saat kematian ::

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.