5/4/2012 :
Hari ke2 kami di Mesir, seawal 7.30pg kami bergerak meneruskan lawatan seterusnya.. hari ni kami di bawa melawat kedai minyak wangi.. rupanya pemilik papyrus & kedai perfume tu owner yg sama..malah tempat dia bersebelahan ja..maksudnya kami kembali ke tempat lawatan kami smlm la..cuma,arini kami masuk kedai perfume sebelah dgn institut papyrus..kat cni dia jual pati minyak wangi..maksudnya belum dicampur dgn apa2 lagi la.. aku beli set botol 100ml yg ada 4 jenis bauan dgn harga 200 us dolar bersamaan lbh krg rm600.. aku pilih Jasmine, Sandal Wood , 5 Secret dan Amon Raa..
Jasmine dibuat daripada sejenis bunga iaitu bunga jasmine.. Minyak pati jasmine dipercayai dapat menggalakkan pertumbuhan sel serta keanjalan kulit. Ia juga digunakan untuk membantu kekejangan otot dan terseliuh. Selain itu, ia disyorkan untuk digunakan semasa bersalin. Pada ketika itu, ia boleh menjadi amat berguna kerana ia menguatkan percanggahan rahim dan melegakan kesakitan. Ia juga berkesan dalam kemurungan selepas bersalin dan menggalakkan aliran susu ibu. Selain itu ia juga membuat minyak wangi menaikkan semangat menyenangkan atau sebagai wangian bilik.
Sandal Wood atau dikenali juga sebagai cendana. ia boleh digunakan untuk merawat bronkitis, kulit mengelupas, kemurungan, kulit kering, laryngitis, Lukoria, kulit berminyak, parut, kulit sensitif, tekanan, regangan.
5 Secret ni kalo xsilap aku nama glemer dia Channel 5 kot ke Christian Dior..aku confuse antara dua ni..sbb note aku tulis tu xingat tak mana...hehehe tanya 'pakcik google' tp dia senyap jah...
Amon Raa ni dikenali sebagai armani code..hehehe
(sumber : 'pakcik google')
|
sepatah dua kata dari pemilik golden eagle crystal..nama ?xingat la plak |
|
bergambar dulu.. |
|
kusyuk ma dgr penerangan.. |
|
box baldu .. |
|
ni la pati minyak wangi tu..kena cari botol kosong utk refill.. | |
|
|
di depan pintu masuk..nmpk tu plastic beg abah pegang?hasil tuaian.. |
utk set aku beli dia bg free gift..lupa plak nk snap..free gift tu botol perfume yg kecik...chantek la jgk..benda free katakan?
Lepas tu kami dibawa ke kedai kapas.. kat sana smua barangan yg dijual berdasarkan buatan daripada 100% cotton.. xde beli apa2, cuma mak aku sempat belikan T-shirt utk adik aku yg lelaki sbb ssh nak dpt saiz baju utk dia.. sbb dia besar & tinggi..
|
depan kedai kapas... |
selepas tu kami dibawa melawat masjid2 di sekitar Mesir.. errm... aku tak ingat sgt tempat2 & nama2 masjid yg kami visit tu..so,layan gambar je la ek...
ha.. ni la last gambar yg aku snap utk arini & berakhirlah riwayat bateri camera aku.. errm..mungkinkah aku dh xdpt snap gmbr lps ni?? aku redha..mayb sbb aku niat nk g buat ibadat so, NO CAMERA ...hikhikhik..lgpun esok adalah hari terakhir di Mesir..& kalo ada rezeki mayb kat Mekah aku leh cas bateri camera aku kn?mana tau? kami dibawa visit masjid yg ada ruang solat nya ada 4 ruang berdasarkan 4 mazhab.. (x ingat nama masjid tu..masjid mohamed ali kerr??waaaaaaa.......) errm...lupa plak nk story ms nk kluar dr masjid terakhir yg kami visit, aku sempat borak dgn Izah (kenal kt sana la..sama group umrah)..aku sempat meluahkan perasaan aku yg terkilan sbb xleh cas bateri camera..katanya,dia pun hadapi benda yg sama semlm..tp,hubby dia tanya dgn tourist guide kami, dia bgtau ada kedai cenderahati yg sebelah dgn tempat mkn kt hotel tu ada segalanya..errm..xsabar rasanya nk bli bila sampai hotel nnt..
lepas visit masjid2 tu kitaorg dibawa pegi lunch..xingat jugak nama restoran..memory lost... yg aku ingat ialah, lps tu kitaorg g SOPINGGGGGGGGGG........ kt mana? tempat tu dinamakan Bazar El Khalili... memandangkan DOLAR aku pun xde la tinggal byk sgt sbb aku tukar sket je..tu pun aku dh abih dkt2 300 dolar (perfumes + papyrus) Bazar Khalili ni sgtla luas & byk sgt org jual..kami cuma diberi masa 30minit utk soping...apa?30minit ja?mana cukup kn?nak menawar lagi...kat ctu aku cuma sempat beli keychain,fridge magnet & cotton jubah.. jubah kat Mesir ni bercorak2 & colourfull... sbg syarat je la ada jubah from Mesir.. kat ctu kami sempat rembat 4jubah..mak aku,mak mertua aku & aku selai sorang, dan selai lg mak aku bli utk adik aku..sbg kenangan la jubah dr Mesir sbb kt kedai cotton td mak aku ada belikan tshirt utk adik lelaki aku.. xtahu apa sbb,mayb jgk sbb masa yg singkat,aku beli jubah saiz M.. terpaksa la di 'alter kt tgn & labuh..pilih jubah pun dh mkn masa yg lama..lps bli jubah masa ngam2 utk berjalan ke bas je..rushing jgk la..tiba2 nmpk ustaz hashim , so, leh la slow sket ikut je blakang dia..hehehe.. bila naik dlm bas, rupanya masih ramai yg blum naik bas.. xcely, kami rushing sbb malam tu ada site visit, nak tau ke mana?naik Cruise melayari Sungai Nil sambil menikmati makanan bufet & 4 show (2show boleh tgk,2show xboleh tgk..fhm2 sendiri yerr...) selama 2jam (pergi & balik)..bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM120.. aku decide x pegi la sbb aku tgk mak & mak mertua aku keletihan..abah & ayah mat je la pegi.. so,mlm tu aku,mak aku & mak mertua aku menikmati makan mlm di hotel sj...sampai je di hotel aku terus ke kedai yg dibgtau Izah td nk bli plug charger..kat Mesir ni kena speaking..diaorg xfhm bahasa melayu..aku main belasah je la bhs inggeris yg ntah apa2..janji dia fhm apa aku nak..hehehe...so,mslh aku setel dgn harga RM5 SAHAJA...cmne bentuk nya?lupa nk snap la...nnt2 la i update ye..
lepas je kitaorg mkn,nak balik ke bilik utk beradu, tiba2 jantung aku dikejutkan dgn bunyi paluan alat muzik yg sgt kuat..rupanya, ada majlis kawin..
so,berakhirla lawatan di hari ke2 kami di Mesir...xsabar esok nak tnya abah & ayah mat cmne rasa naik Cruise..errm..esok kami akam visit Iskandariah atau lebih dikenali sbg Alexander...iaitu bandaraya kedua terbesar di Mesir